Qiang Fei San


“QFS Satu jenama remedi herba yang telah mendapat nama dan kepercayaan selama 30 tahun”

Digunakan secara tradisional untuk:

  • Menguatkan serta membantu fungsi sistem imunisasi dalam badan.
  • Mengembalikan serta meningkatkan semula kekuatan dalam badan.
  • Melegakan dan mengurangkan masalah paru-paru serta sistem pernafasan yang berkaitan:

– Batuk

– Selesema

– Alahan

– Asma

– Kahak

– Resdung

Apa itu QFS?

QFS adalah satu persediaan herba tradisional yang terdiri daripada pelbagai jenis herba yang terpilih khusus dalam merawat paru-paru dan sistem pernafasan. Ia bertindak menguatkan paru-paru serta organ dalam lain seperti buah pinggang dan limpa. Selain daripada itu QFS juga berfungsi menguatkan sistem imunisasi di dalam tubuh badan.

Apakah kandungan herba QFS?

QFS terdiri daripada beberapa herba terpilih:

PANAX GINSENG C.A MEY

– Menjaga kesihatan paru-paru serta menguatkan empat organ penting.

– Melegakan asma, batuk dan memberi kekuatan pada paru-paru.

– Melancarkan pengaliran darah dan melambatkan proses penuaan.

PANAX QUINQUEFOLIUM L

– Menguatkan paru-paru serta memberhentikan batuk yang berterusan.

– Melegakan kepanasan dalam paru-paru, batuk dan lelah serta kahak.

GLEHNIA LITTORALIS F. SCHMIDT EX MIQ

– Melegakan paru-paru daripada panas serta membersihkannya dan menghilangkan kahak berdarah.

CORDYCEPS SINENSIS (BERK.) SACC

– Meningkatkan kekuatan paru-paru, menghilangkan kahak dan batuk.

– Menguatkan buah pinggang, merawat batuk kronik, asma dan kekurangan sel darah merah (anemia).

GYNOSTEMMA PENTAPHYLLUM (THUND.) MAK

– Melegakan radang paru-paru, membuang toksin, melegakan batuk, menghilangkan kahak, merawat bronkitis kronik, mengurangkan lemak dalam darah, menguatkan sistem imunisasi badan serta mententeramkan jiwa.

HOHTTUYNIA CORDATA THUND

– Menghilangkan jangkitan paru-paru, menghilangkan kepanasan, batuk berdarah,

nafas berbau dan kahak.

FRITILLARIA CIRRHOE D. DON

– Menghilangkan ketulan, melegakan batuk, kahak, dan batuk tenat.

– Merawat kesesakan di dalam paru-paru.

Bagaimanakah untuk mengambil QFS?

Adalah disarankan agar QFS diambil semasa perut kosong (iaitu sejam sebelum sarapan pagi) atau sebelum tidur (satu jam selepas makan malam)

Dewasa: Ambil satu (1) bungkus, dua (2) kali sehari.

Kanak-kanak: 0-3 tahun ambil 1/3 bungkus, dua (2) atau tiga (3) hari sekali.

4-11 tahun ambil ½ bungkus, dua (2) atau tiga (3) hari sekali.

Bilakah kesannya boleh dirasai?

Kesan kepada pengguna selepas penggunaan QFS adalah berbeza antara individu dan individu yang lain. Ada pengguna yang merasakan kesannya serta merta dan ada yang mengambil masa berminggu atau berbulan.

Siapakah yang memerlukan QFS?

1. Selesema.

Selesema adalah penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan manusia yang diakibatkan oleh pelbagai jenis virus. Di mana apabila virus selesema ini menyerang pada amnya ia akan mengakibatkan demam sejuk, sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak dan batuk . Adakalanya pengidap akan mendapat paru-paru berair, bronkitis, resedung dan juga penyakit buah pinggang serta gout.

2. Resedung dan alahan.

Resedung serta alahan melibatkan tiga organ utama iaitu paru-paru, limpa dan buah pinggang disebabkan cuaca sejuk. Pada waktu pagi bersin berlaku berterusan serta hingus meleleh keluar dan adakalanya hidung akan tersumbat dan mata menjadi merah dan gatal. Ia akan berkurangan apabila menjelang tengahari dan kembali semula apabila malam (sejuk).

3. Ibu mengandung dan bayi kandungannya.

Pengambilan QFS semasa dalam tempoh mengandung bukan sahaja dapat memperbaiki keadaan badan ibu yang lemah. Malah dapat mengelakkan keturunan sesuatu penyakit daripada ibu kepada bayi kandungannya sekiranya ibu yang mengandung berpenyakit. Di samping itu, pada masa yang sama daya ketahanan (imun) sistem bagi kedua-dua ibu dan bayi akan mendapat peningkatan yang sewajarnya.

4. Batuk dan kahak

Batuk adalah disebabkan oleh jangkitan pada sistem paru-paru dan ia biasanya adalah lebih rumit. Terdapat 2 jenis jangkitan pada paru-paru, iaitu jangkitan pada luar paru-paru atau dalam paru-paru. Jangkitan pada luar paru-paru adalah jangkitan awal dan masih boleh diubati dengan mudah. Manakala jangkitan pada dalam paru-paru adalah disebabkan jangkitan pada paru-paru luar yang kronik dan merebak kebahagian dalam dan adakala ianya menjurus kepada bronkitis. Lazimnya melibatkan organ paru-paru, buah pinggang dan limpa, ia perlu dirawat segera.

5. Asma dan lelah

Asma disebabkan oleh alahan yang mengakibatkan pembengkakan di sekitar bronkus di mana salur di dalam bronkus menjadi sempit serta kehadiran mukus pada dinding bronkus. Ia akan mengakibatkan kesukaran bernafas dan akan mengakibatkan lelah. Adakalanya ia berlaku disebabkan oleh alahan pemakanan seperti pengambilan udang atau makanan laut. Lain-lain seperti habuk, kulat serta suasana persekitaran sejuk.

6. Golongan penjaga kesihatan

Qiang Fei San sesuai digunakan sebagai makanan kesihatan sepanjang masa untuk penjagaan/pemeliharaan kesihatan sepanjang hayat:

Pemeliharaan kesihatan: Pengambilan QFS secara berkekalan akan meningkatkan daya menguatkan badan dan seterusnya dapat melambatkan proses penuaan seseorang.

Pemeliharaan kecantikan: pengambilan QFS secara berkekalan akan menyerikan kulit dan memelihara kejelitaan seseorang.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s