Kalsium
Kalsium adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalcium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.
Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa.
Selain daripada itu, kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti:
* fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)
* fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam
* proses pembekuan darah
* kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.
Keperluan kalsium
Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati sehingga 60% – 70% penduduk tidak mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari.
Berapa banyakkah keperluan kalsium untuk setiap individu ? Sila rujuk kepada carta di bawah ini.
Lelaki
Umur (tahun)     Keperluan kalsium dalam mg
8 – 11     800
12 – 15     1200
16 – 18     1000
19 – 64     800
melebihi 64     800
Wanita
Umur (tahun)     Keperluan kalsium dalam mg
8 – 11     900
12 – 15     1000
16 – 18     800
19 – 54     800
melebihi 54     1000
Mengandung     1100
Menyusu bayi     1200
Secara kasarnya, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.
Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.
Sumber-sumber kalsium
Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.
Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.
Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :
* 3 gelas susu,
* 4.6kg daging,
* 15 biji telur,
* 70g cheese,
* 400g ais krim, atau
* 2 cawan yoghurt.
Osteoporosis
Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa.
Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.
Antara penyebab utama berlakunya keadaan ini ialah :
1. kurangnya senaman. Senaman membina jisim tulang yang kuat untuk mencegah osteoporosis semasa usia meningkat
2. kurang pengambilan kalsium
3. pengurangan hormon oestrogen pada wanita yang telah menopause
4. risiko lain termasuklah pengambilan alkohol dan merokok
Waktu anda berusia remaja sehingga usia 35 tahun adalah masa pembentukan tulang yang paling banyak dan terpenting. Untuk mengelakkan proses osteoporosis pada usia lanjut, pengambilan kalsium yang secukupnya adalah diperlukan semasa usia ini.
Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian.
Adakah anda berisiko menghadapi osteoporosis?
Perkara     Risiko Tinggi     Risiko Rendah
Jantina     Perempuan     Lelaki
Menopause     Awal     Lewat
Keturunan     Asia / Caucasian     Afrika
Saiz tulang     Kecil     Besar
Berat badan     Kurang berat badan     Lebih berat badan
Senaman / aktiviti     Tidak aktif     Aktif
Merokok     Kuat merokok     Tidak merokok
Pengambilan alkohol     Berlebihan     Sedikit / tiada
Pengambilan kalsium     Sedikit     Banyak
Zat makanan     Tidak  memuaskan     Memuaskan
Pengambilan protin     Banyak     Sedikit
Pengambilan kopi / teh     Berlebihan     Sedikit / tiada
Hyperthyroidism     Ya     Tidak
Pengambilan corticosteroid     Ya     Tidak
Perkara-perkara lain
* Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan adalah penting berbanding rawatan dalam mengatasi masalah kereputan tulang.
* Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil :
o bersama-sama vitamin D
o bersama-sama magnesium. Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang.
o selepas makan.
* Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan :
o Pengambilan daging, makanan yang tinggi dengan protein dan makanan yang berasid mempercepatkan proses osteoporosis. Oleh itu ia hendaklah dikurangkan terutamanya oleh mereka yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis.
o Pengambilan air berkaffein dan alkohol mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing.
o Pengambilan kalsium bersama-sama produk yang tinggi dengan lemak seperti coklat adalah sangat tidak digalakkan. Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang.
o Pengambilan cereal bersama-sama kalsium menghalang penyerapan kalsium yang efficien.
o Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari sistem badan kita.
o Penggunaan ubat steroid seperti Prednisolone akan menyebabkan struktur tulang menjadi lemah.
* Dengan kemajuan sains yang ada sekarang ini, banyak produk canggih di mana penyerapan kalsium adalah maksimum, yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal besar. Antara produk jenama ternama yang ada di pasaran Malaysia ialah Caltrate dan Oscal.
* Pesakit kencing manis (insulin-dependent) juga mempunyai struktur tulang yang lebih lemah berbanding orang biasa.
Leave a Reply
Please log in using one of these methods to post your comment:
WordPress.com Logo
You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )
Twitter picture
You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )
Facebook photo
You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )
Google+ photo
You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )
Connecting to %s