Archive for the ‘Renungan’ Category

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ?

Posted: July 27, 2010 in Renungan

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage’ sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : “Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø      Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø      Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø      Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Dipertik dari http://www.zaharuddin.net/content/view/222/95/

Advertisements

Menuntut Ilmu

Posted: July 17, 2010 in Renungan

Allah taala berfirman yang bermaksud: “Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu ibu kamu dalam keadaan kamu tidak mengetahui apa apa pun, kemudian dijadikan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati yang dapat memikirkan supaya kamu bersyukur. Bila begitu sifat asalnya maanusia itu dicipta tanpa mengetahui sesuatu kerana itulah menuntut ilmu itu menjadi tuntutan kepada kita. Tapi kebanyakan dari kita hanya menuntut ilmu dunia sahaja. Dalam satu hadis Sabda Baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah amat murka akan orang hanya ‘alim dengan dunia tetapi jahil dengan akhirat. Allahu a’lam

Ujian ALLAH

Posted: July 13, 2010 in Renungan

Allah taala telah berfirman dalam Al-Quraan yang bermaksud (Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu saja dengan berkata kami beriman dengan Allah sedangkan mereka tidak diuji?) Mafhum dari ayat itu sudah jelas bahawa setiap orang beriman tidak akan tekecuali dari ujian Allah. Setiap orang Islam itu adalah orang yang beriman dengan Allah, dan Islam itu seperti yang di isyaratkan dalam Sabda Baginda Rasulullah adalah umpama api yang membakar seperti api yang memakar besi, besi itu kalau hendak dapat yang tulinnya mestilah dibakar supaya terpisah antara yang tulinnya dan yang tidak tulin (tahi besi) begitu juga dengan Islam, supaya dikenali mana islam yang tulin dan mana Islam tahi besi.

Biar ku ceritakan perihal Syeikh Sy’rani mengadu kepada kepada Syeikhnya tentang betapa kesakitan yang didatangkan oleh maanusia terhadapnya. Maka Syeikhnya menjawab: “Janganlah sebuk dengan orang yang menyakiti mu. Sebuklah dengan Allah,nescaya akan dihilangkan Nya segala yang menyakitimu itu darimu”. Ramai orang yang tersilap dalam perkara ini, lalu mereka menyibukkan diri dengan orang yang menyakiti mereka.maka berlanjutanlah kesakitan itu berserta dosa kerana lalai dari mengingati Allah disebabkan bersibuk dengan mereka.

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: “Kita baru saja kembali daripada satu peperangan yang kecil dan akan menghadapi satu peperangan yang besar, sahabat bertanya, apakah peperangan yang besar itu wahai Rasulallah. Baginda menjawab, kamu berperang dengan nafsu sendiri. Banyak orang yang tewas dalam peperangan ini.” Antara nafsu yang amat tercela adalah: ria’, sum’ah, ‘ujub, dan takbur. Ujub bermakna dirinya lebih baik dari orang lain. Bahaya bagi orang yang mempunyai 4 sifat ini umpama santau memakan diri tanpa disedari.

Keberkatan menjamin ketenangan

Posted: June 24, 2010 in Renungan

SETIAP kali sebelum menjamah makanan, kita pasti tidak terlepas membaca doa yang berbunyi “Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang Engkau berikan kepada kami dan jauhi kami dari seksaan api neraka.

SENTIASA MERASA CUKUP….rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu sentiasa merasa cukup dan tenang walaupun bukan hidup dalam kemewahan.


SENTIASA MERASA CUKUP….rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu sentiasa merasa cukup dan tenang walaupun bukan hidup dalam kemewahan. Bermakna, kita memang mengharapkan makanan dan apa saja rezeki yang kita peroleh diberkati Allah.


Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.” (Hadis riwayat at-Tabrani).

Yang jelas, pengharapan kita untuk mendapatkan rezeki yang berkat menjadikan kehidupan kita lebih tenang, cukup dan sentiasa dalam naungan Allah. Rasulullah bersabda: “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru, dalam isu keberkatan, setiap Muslim perlu mempunyai sifat qanaah iaitu reda dan menerima apa saja tanpa menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan kepada sifat qanaah adalah tamak. Ia menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki orang lain. Maka, ucapan ‘Alhamdulillah’ perlu dilafazkan bagi menanam sifat qanaah supaya kita sentiasa menerima perkara yang baik.

Rezeki adalah ketentuan Allah kurniakan kepada hamba-Nya dari pelbagai sudut. Terdapat tiga kesudahan rezeki iaitu jika pakaian, lama kelamaan pasti ia terbuang, makanan menjadi najis atau menjadi bekalan di akhirat jika dibelanjakan ke jalan Allah.

Justeru, untuk menambah keberkatan kita perlu membiasakan diri dengan amalan bersedekah. Sifat pemurah akan memberikan ketenangan kepada diri selain turut disayangi orang lain.

Kita perlu ingat, harta yang kita miliki selama ini terdapat juga hak orang lain yang wajib ditunaikan.

Kekayaan bukan terletak pada hebatnya harta seperti kereta mewah, rumah, tanah serta perniagaan yang dijalankan tetapi kekayaan iman yang mencerminkan kesederhanaan hidup.

Dari Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah berfirman kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: Mana satu hamba-Ku yang kamu temui menuju harapannya kepada Aku semata- maka jaminkanlah rezekinya di langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperoleh lebih daripada apa yang Aku tentukan untuk mereka itu.” (Hadis riwayat Abu Naim).

Apabila rezeki tiada nilai keberkatan, kita sentiasa dalam suasana tidak mencukupi. Ada satu, mahu yang lain dan begitulah seterusnya namun tetap merasa kekurangan. Berkat bermaksud peningkatan serta penyuburan iaitu yang sedikit kita merasa seolah-olah banyak dan mencukupi.

Allah Maha Berkuasa untuk memberi, menarik, meluas serta menyempitkan rezeki sesiapa sahaja.

Memang banyak hikmah rezeki yang berkat, antaranya menjadi punca termakbulnya doa.

Ingatlah, jika Allah cepat memakbulkan sesuatu doa hamba-Nya itu, bermakna Allah amat menyayanginya. Jika Allah lambat memakbulkan doa, maka itu adalah satu ujian buat hamba-Nya manakala jika Allah tidak memakbulkan doa seorang hamba-Nya maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Jadi, kita perlu sentiasa mencari keberkatan dalam hidup seharian kerana ia penting bagi menjamin kesejahteraan. Apabila mendapat keberkatan, kemurahan rezeki itu secara langsung dapat dinikmati.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang ingin murah atau lapang rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menghubungkan atau menyambungkan silaturahim (sesama manusia) (Riwayat Bukhari).

Kita jangan mendidik diri dengan sifat kedekut kerana ia menyempitkan rezeki.

Rezeki amat berkait rapat dengan peribadi seseorang. Ia akan tertahan apabila mereka bergelumang dengan dosa yang dilakukan seharian tanpa bertaubat.

Firman Allah yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah ayat 168).

Bagaimana kehidupan kita jika sentiasa bergelumang dengan pendapatan haram? Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya”. (Hadis Riwayat At-Tarmizi).

Seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis; apabila Said Bin Abi Waqas meminta agar Rasulullah mendoakannya supaya Allah memperkenankan doanya, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Perelokan sumber rezekimu, pasti doamu dimakbulkan.” Kadang kala kita hairan kerana umat Islam takut untuk memakan daging babi kerana ia adalah haram tetapi mereka selamba dan acuh tidak acuh apabila mengambil pendapatan haram.

Penceramah dan perunding motivasi, Mohd Zawawi Yusoh berkata, berkat berkaitan dengan langkah kita ke syurga ataupun neraka.

“Setiap pekerjaan yang dilakukan janganlah sehingga mengabaikan ibadat asas seperti solat kerana ia menghilangkan keberkatan rezeki.

“Jika solat terabai, berat untuk sedekah, bersikap acuh tak acuh dengan pengeluaran zakat maka akan hilang nilai keberkatan itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata keberkatan juga berkait rapat dengan cara dan proses seseorang itu mendapatkan rezekinya tidak kira apa saja pekerjaan yang mereka lakukan.

“Tanda keberkatan adalah semakin banyak mereka menerima sesuatu, semakin taat mereka kepada Allah dan semakin baik hubungan dengan orang di sekeliling. “Bagi mereka yang bekerja di pejabat, mereka perlu mematuhi peraturan iaitu cukup masa bekerja, tuntutan kerja lebih masa dibuat dengan betul serta tidak mencuri tulang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pelaksanaan kerja juga perlu sentiasa betul agar yang menurut perintah Allah s.w.t.

“Dalam perniagaan misalnya, jika pelaksanaannya tidak betul seperti unsur penipuan dan riba’ dalam pengurusan, pasti hasilnya tidak sah.

“Kerja yang berkat dan sempurna sentiasa melaksanakan perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan katakanlah (Wahai Muhammad): “Bekerjalah kamu. Nanti Allah akan melihat pekerjaanmu serta Rasul-Nya dan orang-orang Mukmin. Nanti kamu akan di kembalikan kepada Yang Mengetahui yang ghaib dan yang hadir, lalu dikhabarkan-Nya kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (Surah at-Taubah ayat 105).

Katanya, Allah mengurniakan kepada manusia pelbagai bentuk rezeki seperti wang, pangkat mahupun kuasa.

“Manusia perlu menitikberatkan usaha mencari rezeki halal supaya hidup bertambah berkat di dunia dan akhirat.

“Apabila sumber itu halal, maka lahirlah perbuatan mulia. Manakala jika makanan itu berpunca dari sumber haram, akan lahirlah perbuatan tercela,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keberkatanmenjaminketenangan/Article

Suka tak JIKA kita ada keturunan yang mewarisi kemiskinan kita?

Suka tak JIKA kita ada keturunan yang berjuang mempertahankan hidup papa atau kebocoran wang seperti kita?

Itu adalah 2 soalan andaian yang ditanya kepada saya 12 tahun dahulu oleh Bob Proctor, salah seorang lagenda pakar motivasi dari luar negara. Soalan yang menjadi pemangkin atau “turning point” kepada hidup saya dan ramai lagi yang lain.

Daripada pemerhatian saya bercakap dengan lebih 70,000 peserta sepanjang 2 tahun ini, saya mendapati yang ramai orang especially orang Melayu (Maaf kerana berterus-terang), mereka lebih rela untuk tidak bertindak dan terus hidup pada “tahap kebiasaan” daripada mencuba untuk bertindak serta belajar daripada orang yang berjaya untuk berjaya untuk mengubah dirinya serta keturunannya menjadi orang yang berjaya!

99% orang yang belum berjaya terus hidup “biasa-biasa” bukanlah kerana mereka tidak boleh merubah hidup mereka menjadi kaya dan berjaya tetapi kerana 3 faktor penting :-

1. Mereka melabur ditempat yang salah. Mereka ingin kaya dan berjaya dengan cara “short-cut”. Mereka lebih sanggup untuk melabur skim “biawak”, “kucing” dan macam-macam lagi projek MLM yang akhirnya duit habis serta perniagaan gagal. Bukan kerana projek itu semua tidak bagus, tetapi mereka ini expect beri duit dan terus kaya tanpa perlu invest masa, tenaga dan wang untuk belajar dapatkan ilmu, mentor dan pelajari sistem yang berkesan! Contohnya ada kawan saya baru-baru ini teruja untuk buat bisnes MLM, dia berkongsi dengan saya betapa ramainya yang buat bisnes tersebut yang mencapai pendapatan RM60,000-80,000 sebulan. Saya cakap itu tidak pelik, malah patutnya boleh capai lebih dari itu, tetapi adakah kawan saya bersedia untuk memberikan komitmen 100% untuk belajar membina perniagaan tersebut dari mereka yang telah berjaya? Ramai yang tidak FOKUS, tidak beri komitmen yang tinggi, hangat-hangat tahi ayam, panas separuh jalan dan akhirnya tidak berjaya lalu dikatanya atau dikutuknya bisnes tersebut tidak bagus, ada yang lagi busyuk hatinya siap buat forum di internet menjadi tempat untuk memburukkan bisnes tersebut atau individu lain. Sendiri tidak pandai menari dan salahkan lantai yang goyang! Itu melayu yang pernah saya lihat! Bukan semua macam tu!

2. Mereka rasa “selesa” dengan hidup mereka tetapi pada masa yang sama secara sedar atau tidak, kos sara hidup semakin meningkat, kos pendidikan anak-anak semakin meningkat, keinginan semakin banyak tetapi ramai yang tidak sedar gaji anda peningkatannya sangat lambat. Setakat hidup tetapi tidak maksimakan potensi diri, kekayaan dan kejayaan, anda rugi sebenarnya! Bersyukur dengan apa yang ada tetapi jangan rasa cukup. Keluarga anda layak hidup lebih baik daripada sekarang!

3. Mereka tidak pentingkan ilmu. Mereka sanggup belanja bergolok gadai untuk makan, minum, tukar sports rim, beli baju atau tudung baru tetapi ramai yang tidak sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan ilmu, mentor dan sistem. Tetapi bila orang lain berjaya, orang lain buat sesuatu untuk bantu orang lain untuk berjaya, mereka mulalah cari jalan untuk menjatuhkan orang lain.

Itulah orang Melayu. Bukan semua! Bukan semua! Dan masalah ini bukan pada orang melayu sahaja sebenarnya tetapi saya bercakap ini untuk anak bangsa saya!

Ramai yang saya telah saksikan hidup mereka berubah daripada tiada pendapatan tetap bertukar menjadi lebih RM10,000 sebulan.

Ramai jer graduan saya yang meningkat tahap kualiti kehidupan mereka menjadi lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan terasa keberkatannya.

Semuanya bakal berubah sekiranya anda bersedia untuk membina NILAI diri anda dengan mempelajari formula-formula kekayaan dan kejayaan daripada saya melalui program-program yang khas mengajar bagaimama untuk membina kekayaan & kejayaan hidup seperti program Mini Seminar Hidup Luar Biasa, Program 3-hari Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan, Intensif Rahsia Kuasa Minda Jutawan, Program Marketing & U dan banyak lagi pilihan program lain yang telah membantu perubahan hidup ramai yang lain!

Ingin hidup kaya dan berjaya? Anda perlu ilmu kekayaan dan kejayaan yang diajar oleh guru yang telah berjaya serta telah mengajar ramai yang lain sistem kekayaan dan kejayaan!

Masalahnya ialah, adakah anda jenis yang bertindak dengan pantas untuk dapatkan ilmu, mentor dan sistem? Sudahkah anda mendaftar untuk sertai program asas saya atau adakah anda telah ikuti program 3-hari Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan yang terakhir pada bulan Julai nanti?

Jangan wariskan kemiskinan kita!
DR AZIZAN OSMAN

Al-Quran: Al Nahl Ayat: 66

Posted: June 22, 2010 in Renungan


Setiap 100 gram susu mengandungi pembakaran sebanyak 70.5 kilo kalori, protein sebanyak 3.4 gram, lemak 3.7 gram, mengandungi kalsium sebesar 125 miligram, sementara prosentase penyerapan dalam tubuh sebesar 98% – 100%.

Di dalam susu terkandung vitamin B2 dan vitamin A, selain protin juga terdapat macam-macam asid amino yang penting untuk pertumbuhan tubuh. Sekarang, susu lembu disenaraikan sebagai bahan makanan dengan kandungan vitamin lengkap, juga sebagai “darah putih” yang membantu kesihatan tubuh manusia.

Orang yang mengamalkan minum segelas susu setiap hari sekurang-kurangnya mendapat 11 macam manfaat :

1. Susu mengandungi potassium, yang dapat menggerakan dinding pembuluh darah pada saat tekanan darah tinggi untuk menjaganya agar tetap stabil, juga dapat mencegah penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.

2. Dapat menaturalais racun seperti logam, timah dan cadmium dari bahan makanan lain yang diserap oleh tubuh.

3. Kandungan lemak di dalamnya dapat memperkuat daya tahan fungsi saraf, mencegah pertumbuhan tumor pada sel tubuh.

4. Kandungan tyrosine dalam susu dapat mendorong hormon kegembiraan—unsur serum dalam darah tumbuh dalam skala besar.

5. Kandungan sodium, zinc dan lecitin dapat meningkatkan secara drastis kecekapan kerja otak utama.

6. Zat besi, tembaga dan vitamin A dalam susu mempunyai fungsi terhadap kecantikan iaitu dapat mempertahankan kulit agar tetap bersinar.

7. Kalsium susu dapat menambah kekuatan tulang, mencegah tulang menyusut dan patah tulang.

8. Kandungan magnesium dalam susu dapat membuat jantung dan sistem saraf tahan terhadap keletihan.

9. Kandungan zinc pada susu lembu dapat menyembuhkan luka dengan cepat.

10. Kandungan vitamin B2 di dalam susu lembu dapat meningkatkan ketajaman penglihatan.

11. Minum susu sebelum tidur dapat membantu tidur.

Renungan Surah At-Taubah Ayat 24

Posted: April 10, 2010 in Renungan

Katakanlah: “Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA”. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

MARI MEMBACA DAN BUAT PENILAIAN

Posted: April 10, 2010 in Renungan

Ketika malaikat Izrail datang menjemputmu
Adakah kau sudah sedia?
Apakah kau pasti sungai mengalirkan air dingin dari syurga?
atau..api menggelegak membakar di neraka?
Mampukah kau menyiapkan diri
untuk malam pertama?
Di saat ditinggalkan keluarga tercinta.
pangkat yang kau puja.
harta yang bertimbun?
Ketika itu baru kau terfikir
akan amal ibadah yang kurang.
solat yang lalai.
Zakat yang tak tertunai..
Aduha!i celakanya aku..
tapi segala-galanya sudah terlambat!
Disaat itu kubur menghimpitmu..
ular bisa membelitmu..
cacing menghancurkan jasadmu.
tanah merapuhkan tulang-belulangmu.

Sedarlah wahai diriku, keluargaku, temanku.
Ketika sakaratul maut datang menjemput
Katakanlah Allah, tuhanku.
Islam, agamaku..
Muhammad SAW, rasulku.
Al-Quran, kitabku.

TIDAK BERDOSA MENJADI JUTAWAN

Posted: April 6, 2010 in Renungan

Tidaklah berdosa bagi kita untuk mengharapkan memperolehi banyak wang, harta bahkan menjadi JUTAWAN , selagi niat kita bersih. Dalam sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Al Hakim dan dinilai sahih oleh Imam Ahmad dan Az Zahabi menceritakan bahwa satu ketika Rasullullah s.a.w. telah memanggil Amru Ibnu Ash , menyuruhnya bersedia memakai baju besi dan membawa senjata. Apabila Amru tiba, Rasullullulah s.a.w. menatapnya lalu bersabda yang bererti:

” Aku mengutus kamu pergi merantau dimana engkau akan mendapat harta rampasan, dan engkau akan kembali dengan selamat. Aku berharap engkau kembali membawa banyak harta (harta rampasan itu ). Amru menjawab ” Wahai Rasulullah, , aku memeluk Islam bukan untuk memperkayakan diri, melainkan kerana semangat mulia Islam”. Rasullullah menjawab” Oh Amru. Sungguh terpuji harta yang suci itu bagi orang-orang yang soleh””.

Dalam dialog yang lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dan dinilai sahih oleh al Busyairi dan Al Baniy, Rasullullah bersabda:

” Tidak ada mudharat ( kerosakan dan bahaya) dalam harta bagi mereka yang bertaqwa, tetapi kesihatan itu lebih baik daripada menjadi kaya bagi mereka yang bertaqwa”.

Sesungguhnya amat jelas ajaran Rasullullah s.a.w. tentang harta dan wang. Semuanya sudah diatur sedemikian rupa. Dari hadith-hadith Rasullullah diatas, seharusnya kita mengerti, betapa beliau tidak menolak harta atau pun wang. Kalau Rasullullah tidak menolak kepentingan harta dan wang, mengapa kita masih mahu menolak harta atau wang ketika menjalankan urusan perniagaan, misalnya. Contohilah Rasullullah dengan apa yang pernah beliau perkatakan kepada Amru ibn Ash: ” Aku harap engkau kembali membawa harta yang banyak”.

Hal demikian bukan bererti Rasullullah bersikap kebendaan tetapi beliau sedar bahwa perjuangan Islam memerlukan biaya yang bukan sedikit. Dalam sesuatu perjuangan diperlukan biaya. Bagaimana kita dapat menjaga marwah ( harga diri ) dan izzah ( kehormatan ) Islam, jika untuk membina masjid, sekolah2 agama dan menyediakan kemudahan ( infrastruktur) Islam dengan cara mengemis. Sepatut kita prihatin dan malu, saudara2 kita yang se iman ramai sekali yang mengemis-ngemis di perhentian-hentian bas, pusat belibelah bahkan ada yang dari pintu ke pintu untuk menyediakan kemudahan beribadah. Menjual murah ayat-ayat bahkan lebih dari itu. Sedangkan Rasullullah tidak pernah mengajar kita demikian. Rasullullah pernah bersabda yang bererti :

” Tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah”. Maksudnya: Orang memberi itu lebih baik daripada yang meminta.

Rasullullah sendiri seorang pekerja yang berkerja keras. Beliau tidak pernah meminta apa-apa pun berbentuk kebendaan daripada sahabat-sahabatnya. Bahkan seluruh harta kekayaan beliau diabdikan untuk kepentingan jalan Allah. Itulah sebabnya kenapa para sahabatnya juga gemar menafkah harta pada jalan Allah. Mereka malu kepada Rasullullah s.a.w..

Wang atau harta itu penting agar kita mampu beribadah dengan tenang. Bagaimana kita dapat melaksanakan ibadat solat dengan tenang jika kita lapar, jika anak kita menangis terus meminta SUSU , sedang kita tidak mampu membelinya. Bagaimana kita boleh bersedekah , membantu fakir miskin, berhaji ke Baitullah, berzakat, dan menyekolahkan anak-anak kita menuntut ilmu, kalau kita tidak punya wang samasekali., tak punya harta samasekali.

Nyata sekali salah, kalau Islam mengajar kita agar lebih senang dengan miskin berbanding kaya. JUTAWAN . Salah sekali kalau Allah lebih menyukai orang yang miskin berbanding orang yang kaya. Bukankah Allah lebih suka umat Islam yang kuat ( kaya) berbanding yang lemah (miskin) ? Sedangkan perjuangan sukar menjadi kuat kalau lojistik, harta dan wangnya tidak mantap. Bagaimana kita boleh mengerjakan dakwah Islamiah di Papua New Guinea, contohnya, jika wang tidak ada untuk pergi ke sana.

Hakikatnya, jangan jadi miskin. Jadilah JUTAWAN, kerana jika kita hidup miskin, , hidup akan menjadi sukar. Percakapan tidak dihargai. Jika ada barang jiran tetangga yang hilang kita akan dituduh mencuri. Kalau berkunjung ke rumah jiran, akan disangka meminta sumbangan dan begitulah seterusnya.

Oleh demikian, mulai sekarang, katakanlah pada diri kita bahwa kita tidak mahu menjadi miskin. Kita mesti menjadi kaya. JUTAWAN . Umat Islam perlu kaya. Kaya tetapi berwibawa. Kaya tetapi bersahaja. Kaya tetapi bertaqwa. Kaya tetapi dermawan. Itulah yang dicontohkan oleh Rasullullah s.a.w. Bahkan turut dicontohi oleh Nabi-Nabi yang terdahulu seperti Nabi Ayyub, Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof. Mereka semuanya mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah.

Wallahu’a’lam.

BERANI MENJADI JUTAWAN

Posted: March 26, 2010 in Renungan
Tags:

Sesiapa saja di dunia ini pasti akan di uji oleh Allah s.w.t. Orang miskin di uji dengan kemiskinannya. Orang kaya di uji dengan kekayaannya. Allah ingin berlaku adil dan tepat keputusannya kepada hamba-hambaNya yang terbaik yang berhak beroleh keredhaan dan syurgaNya. Hamba2 yg terbaik diantara yang paling baik. ( Best of the best).

Memandangkan yang miskin di uji dan yang kaya pun di uji, tentulah kita akan memilih menjadi yang kaya untuk di uji. Dengan sebab itu pilihlah menjadi kaya. Jadi kayalah! Himpunlah harta. Jadikan lah diri anda seorang JUTAWAN atau lebih dari itu.Selepas itu pergunakanlah ke jalan Allah. Nescaya Allah akan mencintai kita. Kita juga perlu ingat bahawa kita sekarang belum lagi kaya, atau lagi akan kaya, atau masih belum kaya sebenar-benarnya, belum jadi JUTAWAN, ingatlah baik-baik ayat ini: HARTA ADALAH CUBAAN.

Apakah maksudnya? Untuk menjadi kaya dan setelah benar-benar kaya JUTAWAN , kita hendaklah memiliki “Mental Berani Kaya”. Maksudnya, setelah kaya, JUTAWAN, kita tidak sombong, tidak rakus, tidak serakah, tidak angkuh, kita tetap rendah hati, tidak kemaruk, masih bersahaja, tetap ringan tangan, tetap SOLAT, rajin beribadat, tetap kenal diri, tidak lupa daratan, tahu asal kekayaannya dan tahu betul untuk apa harta kekayaan itu digunakan, begitu seterusnya. Itulah yang disebut MENTAL BERANI KAYA. Amat mudah dan sederhana sekali.

Nak Jadi Jutawan, Anda Perlu Melahirkan Jutawan Di Bawah Rangkaian Anda…”