Archive for the ‘Admin’ Category

Important Information!

Posted: September 20, 2010 in Admin

Sila ambil Perhatian. System Online syarikat akan di tutup sementara untuk tujuan Naik Taraf dari 20-25 September. System yang lebih mantap akan diperkenalkan selepas tempoh tersebut! Terima kasih.

Advertisements

Hari Raya Promotion until 10/09/2010

Pembelian Product Pakej Usahawan RM1592 akan dapat 1 kotak Teh Misai Kuching , 1 Kotak The Pecah Beling dan 1 Kotak Teh Mulberry PERCUMA!

Pembelian Product Pakej Usahawan RM3980 akan dapat 2 kotak Teh Misai Kuching , 2 Kotak The Pecah Beling dan 2 Kotak Teh Mulberry PERCUMA!

  • Kebaikan Teh “Misai Kucing”
Teh Misai Kucing di gunakan secara tradisional untuk merawat kencing manis dan kencing tidak lawas. Misai kucing ini juga berfungsi sebagai pencuci buah pinggang dan menghalang pembentukan batu karang.

Ia juga digunakan untuk merawat arthritis. Misai kucing juga membantu dalam merawat rheumatism dan gout dengan mengurai asid urik, membersihkan darah dari toksid.

  • Kebaikan “Teh Pecah Beling”
Daun pokok Pecah Beling ini atau Strobilanthes Crispus digunakan secara tradisional untuk mengubat kanser, penyakit kencing manis, masalah buah pinggang atau batu karang dan ia juga berfungsi sebagai agen duretik. Daunnya mengandungi nilai kalsium karbonat yang tinggi dan kajian pakar Jepun mendapati kandungan bahan dalam daun Pecah Beling ini mampu memperlahankan pengembangan virus seperti HIV yang mengakibatkan AIDS.
Pecah Beling ini juga kaya dengan mineral seperti potasium dan kalsium. Ia mengandungi vitamin C, B1 dan B2 yang juga bertindak sebagai anti-oksidan dalam badan. Ia juga melawaskan pembuangan air kencing, membantu pergerakan usus dan sakit perut serta meningkatkan perjalanan darah dalam badan.
  • Kebaikan Teh Mulberry

Sesuai untuk penghidap kencing manis yang tidak boleh mengambil makanan/minuman manis. Sebagai pemberi stamina, menghalang migrain, gout, kemerosotan tulang, ulser dan menormalkan tekanan darah dalam badan bagi mereka yang berumur.

Ia juga bertindak sebagi anti-oksidan dan klorofil dalam daun Mulberry mengandungi khasiat vitamin C. Ia juga mengandungi serat yang tinggi dalam membantu penghadaman.

Assalamualaikum Semua, Semoga sihat bersama keluarga tercinta.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama anda semua selama ini untuk mengembangkan perniagaan Bosland di Malaysia.
Saya kini sedang mengumpulkan maklumat untuk di muatkan di dalam Apa Kata Mereka Yang Telah Menyertai Bosland – SIRI 2.

Ini merupakan satu kaedah promosi untuk memberi keyakinan yang baik kepada rakan-rakan dan keluarga kita untuk menyertai perniagaan Bosland ini. Dengan maklumat dan kerjasama diberikan anda semua, ianya menjadi satu impak besar dalam promosi perniagaan ini.
Untuk SIRI 2 kali ini, saya memohon jasa baik anda semua menceritakan pengalaman anda dan  antara topik yang perlu dimuatkan adalah seperti beikut:
  1. Apakah pendapat anda secara peribadi terhadap perniagaan Bosland?
  2. Siapakah yang telah memperkenalkan perniagaan ini kepada anda?
  3. Bilakah anda menyertai perniagaan Bosland?
  4. Ceritakan pengalaman anda berurusan dengan Admin JutawanBosland dan apa pendapat anda mengenai saya Admin JutawanBosland. Ini memberi kepercayaan yang besar kerana saya menjadi tunjang utama dalam perniagaan ini. Kepercayaan terhadap saya membantu lebih ramai prospek anda untuk menyertai perniagaan ini.
  5. Ceritakan berkenaan produk Bosland yang telah anda gunakan. Testimoni dan tindakbalas produk Bosland setelah anda gunakan. Sebelum meyakinkan prospek, anda perlu meyakinkan diri anda sendiri.
Sila sertakan nama, lokasi, no hp dan gambar anda untuk saya masukkan bersama-sama tulisan anda. Tulisan anda juga saya akan promosikan di blog ini, blog utama TOJB, Facebook, Twitter, Forum, Ning dan web promosi yang lain. Tulisan anda hendaklah di hantar  ke suzzhadi@gmail.com selewat-lewatnya 1 Sept 2010.
Tulisan yang terbaik akan dipilih oleh Admin JutawanBosland dan mendapat hadiah seperti berikut:
Sekali lagi saya memohon kerjasama dan sokongan anda semua semoga segala impian semua menjadi kenyataan dalam perniagaan Bosland ini. Sekian Terima Kasih.
Yang Berkhidmat Untuk Semua,
0172961196
(Admin JutawanBosland)

Team Slim Kaya Cantik

Posted: August 9, 2010 in Admin

Alhamdulilah tertubuhnya satu team, yang mana saya kumpulkan semua Usahawan Wanita TOJB dalam satu team iaitu Team Slim Kaya Cantik (TSKC).

TSKC bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan wanita yang berjaya dalam perniagaan. Surirumah dan ibu tunggal amat digalakkan untuk menyertai TSKC. TSKC bersatu hati untuk bersama-sama berkongsi pendapat dan pandangan bagi merealisasikan segala impian wanita khususnya di Malaysia.

Saya berdoa agar semua bersatu hati dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat untuk memperbaiki mutu TSKC. Saya juga berharap TSKC dapat disalurkan untuk kebaikan bersama, agar ianya berterusan ke masa hadapan.

Info lanjut:

http://slimkayacantik.blogspot.com

Doaku setiap hari

Posted: August 2, 2010 in Admin, Gambar

Apa perasaan anda bila anda menerima satu email yang kosong dan tetapi anda tahu siapa penghantarnya. Tentu sekali anda akan “delete” sahaja email tersebut. Begitu juga doa kita kepada ALLAH, kita selalu berdoa secara general dan kosong maknanya. Kita juga selalu mengeloh doa kita tidak dimakbulkan oleh ALLAH. Persoalannya KENAPA?

Sebab anda menghantar DOA yang kosong seperti email tadi. Doa anda perlu detail, jika anda inginkan duit, masukkan berapa jumlah yang anda mahu. Apa yang anda mahu lakukan dengan rezeki. Masukkan juga perasan kesyukuran apabila anda menerima jumlah tersebut. Dapat duit tadi bayangkan kegembiraan anda membayar zakat dan bersedekah.Segala duit yang anda terima adalah bertambah keimanan anda kepada ALLAH.

Mahukan kereta idaman, doa anda juga perlu detail kereta apa yang anda mahukan. Selalu berkata dalam diri ” Aku kini sedang membawa kereta idamanku.” Ini merupakan satu teknik untuk mengaktifkan minda separa sedar anda.

Lihat gambar di atas, bayangkan anda sedang memandunya. Isteri tersayang tersenyum disebelah anda. Masukkan kegembiraan anda apabila segala yang anda terima ini meningkatkan ketakwaan dan keimanan anda sebagai seorang Muslim yang sejati. Kesyukuran itu juga penting untuk doa dimakbulkan.

Doa yang mempunyai detail dan perasaan yang seiring dan juga mendalam ini sangat penting. InsyaALLAH.

Anda kaya dan berjaya..AMIN

Kegagalan lalu telah banyak mengajarku erti kehidupan. Rugi ratusan ribu hilang begitu sahaja, adalah pengalaman yang tiada boleh dijual beli. Pelbagai telahku cuba untuk terus maju dan berjaya dalam kehidupan ini. Tetapi apakan daya hanya Allah yang tahu akan kesudahan ceritaku ini. Allah yang lebih adil dan saksama.

Kegagalan, aku lebih banyak belajar dengan hukum alam, banyak ikhtibar dan pengajaran. Yang paling penting kehidupan ini perlu diteruskan. Kegagalan bukan bermakna aku terus gagal dalam hidup, sebenarnya ini semua ada hikmahnya dikemudian hari. Kegagalan adalah kejayaan yang tertunda.

Kisahnya bermula ketika aku pulang ke Melaka menantikan kelahiran anak sulungku. Hati ini sungguh berdebar-debar menanti kelahirannya. Dua malam aku tidak dapat tidur lena.

Tepat masuknya waktu Zohor pada 4 hb Oct 2009, lahirlah anak lelaki sulungku, terus berkumandanglah azan Zohor mengiringi kelahirannya. Alhamdulillah inilah rezeki yang tidak ternilai dengan harta dan wang ringgit. Lahirnya seorang insan yang ku beri namanya Muhammad Uwais Al Qarny.

Bosland datang kepadaku ketika aku rasakan bahawa tiada harapan lagi untuk berniaga. Tapi hati kecil ini, mendesak agar aku terus mencuba dan terus mencuba dan aku pasti berjaya. Bosland datang ketika aku menyambut kelahiran anak pertamaku ke dunia ini pada 4.10.2010 dan Bosland datang selepas 2 bulannya.

Hendak memulakan perniagaan online tetapi modal tiada, pelbagai alasan yang timbul dalam hati ini. Tetapi jika aku terus beralasan tiada satu kerja akan menjadi. Aku teruskan usaha walau tiada modal ditangan. Aku telah tiada apa lagi, segalanya tiada, yang ada hanya satu peluang (Bosland) dan semangat berkobar-kobar untukku berjaya.

Hati ini terus bersemangat untuk memulakan perniagaan Bosland ini. Jesteru aku bertemu dengan Abang Jaafar salah seorang programmer di Jaguhinternet. Lembut dan berbudi bahasa orangnya.

Aku usulkan niat aku nak memulakan dan membuat satu website untuk aku mempromosikan Bosland di internet. Abang Jaafar bersetuju untuk membantuku, Alhamdulillah bisik hati ini. Aku bertanyakan berapakah bayaran untuk membina website, Abang Jaafar memberitahuku RM1,500.

Termenung sejenak tanpa mengeluarkan sepatah huruf dan suara. Termangu aku seketika, mana aku nak cari duit sebanyak tu. Tetapi aku benar yakin yang aku pasti berjaya kali ini. Jangan ada alasan untuk berjaya. Alasan menjauhkan aku dari segala impian.

Pada ketika itu hendak membeli domain http://www.JutawanBosland.com/register berharga RM50 pun tiada, inikan pula RM1500 untuk membuat website, terpaksalah untuk aku menebalkan muka untuk meminjam isteriku. Aku berjanji akan membayar dia semula. Senyum kecil di bibir isteriku. Alhamdulillah dia setuju.

Aku telah berbincang dengan Abang Jaafar, aku hanya mampu untuk membayar separuh dahulu dan separuh aku bayar kemudian. Dia pun setuju. Aku beritahu dia bahawa website ini perlu siap sebelum aku pulang ke Sarawak.

Inilah bantuan Allah dan kehendak yang kuat untuk berjaya. Abang Jaafar telah menyiapkan website ini dalam masa seminggu sahaja, yang mana beliau telah memberi keutamaan untuk menyiapkan website aku. Padahal banyak lagi website lain yang masih belum siap. Terima kasih Abang Jaafar. Jasamu akan ku kenang sehingga akhir hayat. Sungguh sedih hati ini, ini semua cerita dan pengalaman untuk aku terus berjaya.

Bosland Penawar Segala Kedukaan lalu..

Hadiah PERCUMA daripada BOSLAND

Posted: July 10, 2010 in Admin

En Azizi Hadi Admin Team Online JutawanBosland merupakan wakil syarikat Bosland menyampaikan  4 set Susu Mutiara secara PERCUMA, ikhlas daripada pihak Bosland kepada En Bakhria daripada Sarikei, Sarawak di atas jasa baik beliau memberikan testimoni hebat produk Susu Mutiara Bosland di Harian Metro keluaran 26 Jun 2010. Ini merupakan keperhatinan pihak Bosland terhadap pengguna produknya dan ini merupakan penghargaan terhadap mereka yang FOKUS BOSLAND. Terima Kasih Bosland.

En Azizi Hadi Admin Team Online JutawanBosland merupakan wakil syarikat Bosland menyampaikan 4 set Susu Mutiara secara PERCUMA, ikhlas daripada pihak Bosland kepada En Awang Badrul daripada Sarikei, Sarawak di atas jasa baik beliau memberikan testimoni hebat produk Susu Mutiara Bosland di Harian Metro keluaran 26 Jun 2010. Ini merupakan keperhatinan pihak Bosland terhadap pengguna produknya dan ini merupakan penghargaan terhadap mereka yang FOKUS BOSLAND. Terima Kasih Bosland.


Tunggu Rejim Zionis!!!

Posted: June 25, 2010 in Admin

” Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatny a” . Amin

Impian Anda Di JutawanBOSLAND

Posted: June 15, 2010 in Admin




Stokist Daerah dan Mobile Stokist Seluruh Sarawak diperlukan. Berminat hubungi Azizi 0172961196. Nama, no hp dan lokasi anda dipromosikan di setiap keluaran Utusan Sarawak.