Aktiviti


Isnin 7 Jun 2010 9:00pm

Saya dan Tn Haji Mohd Noor (Kuching) ke Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan untuk bertemu dengan Encik Haman Haji Hassan yang berhasrat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai Team Online JutawanBosland seperti yang disiarkan didalam Utusan Sarawak bertarikh 7 Jun 2010.

Temujanji pd jam 9.00 malam. Kami sampai awal dan tunaikan solat maghrib di Masjid Desa Ilmu. Selepas itu kami berdua ke Pizza Hut makan malam, set pizza dan sup. Kemudian kami balik semula ke masjid untuk Solat Isha. Selepas Solat Isha kami beredar ke Noni Chicken Rice Restoran yang menjadi venue pertemuan kami.

Encik Haman dulu bertugas dgn Maybank Finance bertempat di Sarikei selama 10 tahun. Sekarang ini beliau kerja sendiri (self employed). Selepas kami bertiga memperkenalkan diri masing-masing, kami terus menuju kepada sasaran pertemuan, iaitu memperkenalkan Bosland kpd beliau, dimulai dengan butir-butir mengenai Syarikt Bosland dan kilangnya . pendaftaran syarikat, pengurusan syarikat, aktiviti syarikt dan organisasi syarikt. Kemudiannya kami sentuh mengenai jenis -jenis produk yang digunakan dalam TOJB dan khasiatnya..

Seterusnya kami memasuki kepada susun-atur sistem pemasaran dan kebaikan yang diperolehi jika menyertainya.. Oleh kerana En Haman seorang yg banyak pengalaman dalam Network Marketing, banyak soalan-soalan yang bernas diajukannya kepada kami.

Alhamdulillah, selaras dengan objektif kami untuk meyampaikan semuanya dengan telus, kami telah berhasil menterjemahkannya semua persolan dengan jelas dan beliau berpuashati. Beliau seterusnya mendaftar sebagai ahli biasa.

Kami juga memaklumkan bahawa Pejabat Stokist Negeri Sarawak,telah dibuka bertempat di Jalan Kulas, Satok di tengah-tengah Bandaraya Kuching.

Apa yang lebih menarik ialah, kami diundang ke majlis perkahwinan anak beliau yang akan berlangsung pada 12 Jun 2010 akan datang, dan kami juga diminta supaya memberi penerangan mengenai Team Online JutawanBoslan kepada ahli keluarga dan saudara mara beliau pada malamnya kelak. Insha Allah kami akan memenuhi jemputan tersebut.

Akhirul kalam kami mengucapkan terima kasih kpd Encik Haman, ketika dipenghujung malam hampir jam 1200, di mana Noni Chicken Rice, mula menutup tirai , kami bergerak meninggalkan Taman Desa Ilmu menuju ke Taman Tabuan Dusun,, di Kuching,

Kami bersyukur kepada Allah yang telah mengaturkan perjalanan dengan baik dan selamat. Alhamdulillah..


Rabu 9 Jun 2010

Hari ini saya dan Tn Hj Moh Noor berpeluang berjumpa dengan Puan Mashitah Abdullah dari UNITAR Jalan Haji Taha, Kuching dlm rangka kerja kami mempromosi Team Online JutawanBosland.com .

Alhamdulillah kami menerima respons yang positif daripada beliau, dimana beliau mendaftar keahlianya dengan pakej yang beliau berkemampuan.

Terima kasih Puan Mashitah.


Tn Hj Mohd Noor: Fokus utama saya sekarang ialah Bosland. Alhamdulillah, shukur kepada Allah, pada malam ini saya berjaya mendapat seorang ahli baru menyertai Team Online JutawanBosland iaitu seorang pegawai dari RHB Cawangan Satok. terima kasih kepada Tuan Admin Azizi yg bertindak sebagai facilitator taklimat yg dibuat di Hotel Samudra Kuching..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s