Suami cepat ‘tewas’- Kapsul Plasmin penyelesaianny…

Posted: October 10, 2010 in Info Kesihatan

 

 

Isteri perlu beri sokongan
“MALAM esok sajalah. Hari ini abang penat,” Kata-kata sebegini mungkin amat jarang dikeluarkan seorang lelaki pada usia masih mantap atau bawah 40 an jika bercerita mengenai hubungan kelamin kepada pasangannya.
Dalam kehebatan lelaki menyuarakan ‘seks umpama makanan’, segelintir malah semakin ramai lelaki di luar sana sebenarnya hanya hebat berbicara mengenai seks sedangkan hakikatnya tidak mampu melunaskan tanggungjawab berkenaan terhadap isteri atau tiada kepuasan diperoleh oleh isteri.
Alasan kali pertama diutarakan, mungkin isteri merasakan ia akibat keletihan, tetapi jika kerap diutarakan dan berterusan, ia mungkin petanda kesihatan masalah seksual.
Kajian oleh The Asia Pacific Sexual Healty and Overall Wellness Survey (AP SHOW) mendapati ramai lelaki di 13 buah negara, termasuk Malaysia menderita ketidakupayaan ereksi atau ED atau bahasa mudanya, mati pucuk.
Malah, kajian membabitkan 3,957 responden itu mendapati 57 peratus lelaki dan 64 peratus wanita menyatakan tidak mendapat kepuasan yang sepenuhnya dalam hubungan intim bersama pasangan mereka.

Penyelidik dan Perunding Kesihatan, Dr Siti Norazah Zulkifli, berkata ED bukan saja ditanggung suami sebaliknya isteri turut menerima tempiasnya. Apabila penyakit itu mengganggu psikologi suami, ia mungkin akan mengganggu emosi isteri apabila sang suami terganggu emosi dan kerap marah.
“Keadaan ini menjadi kebimbangan jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya pada peringkat awal kerana ia mungkin meranapkan sebuah rumah tangga. Mungkin isteri memikirkan ketidakinginan itu berpunca daripada keletihan atau tekanan, hakikatnya ia petanda suami berhadapan dengan masalah kesihatan, lantaran kesihatan diri termasuk emosi dan gaya hidup, amat berkait dengan kesihatan seksual.
“Berbanding topik penjagaan kesihatan lain seperti amalan gaya hidup sihat, senaman dan pemakanan seimbang, topik ED ini amat jarang diperkatakan. Selain kurang kesedaran mengenainya, rasa malu dan ego adalah penyebab utama kenapa ia jarang dibincangkan secara terbuka. Hakikatnya, kini semakin ramai lelaki di Malaysia sedang menderita dalam senyap,” katanya.
Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Keadaan itu jika dibiarkan berlarutan akan membawa kepada kesan bahaya pada diri lelaki.

Ia berlaku akibat daripada gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya.

Diabetes antara masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin apabila kesan penyakit yang dihadapi itu akan menyebabkan mangsa mengalami penyakit ED, malah peratusan pesakit diabetes yang mengalami mati pucuk adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki biasa.
”Ini kerana mereka yang mengalami diabetes cenderung mengalami kerosakan saraf dan risiko kerosakan saraf akan semakin meningkat seiring dengan jangka masa seseorang itu mengidap diabetes.
”Kerosakan saraf turut menjejaskan pengaliran darah ke bahagian anggota badan yang boleh menyumbang kepada keletihan, selain menjejaskan keupayaan ereksi atau mengekalkan ereksi lelaki,” katanya dalam ceramah mengenai masalah seksual dan kesannya kepada pasangan.
Segelintir beranggapan amat mengaibkan untuk memperkatakan masalah seksual secara terbuka kerana takut digelar ‘tidak sempurna’, tambah pula, ramai yang beranggapan ‘kejantanan’ lelaki terletak pada kehebatan mereka di atas katil.
Pakar Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Low Wah Yun, berkata sokongan isteri amat penting bagi menangani masalah berkenaan. Namun, suami harus bersikap terbuka berkongsi masalahnya dengan isteri kerana kegagalan suami berfungsi turut memberi kesan kepada isteri dan kehidupan berumahtangga secara menyeluruh.
“Ada juga suami yang bercerita dengan isteri mengenai masalah itu tetapi sensitif jika diminta menjalani rawatan ED. Dalam hal ini, isteri boleh mengubah topik perbincangan berhubung penyakit lain seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi sebelum masuk ke topik masalah seksual.
“Isteri mungkin boleh terangkan kepada suami, penyakit diabetes boleh menjurus kepada mati pucuk jika tidak dirawat dengan segera. Jangan sekali-kali mempertikaikan kelemahan seksual suami kerana tidak ada lelaki yang gemar mendengarnya dan mungkin hasrat murni anda untuk membantu akan berakhir dengan pertengkaran kerana keegoan lelaki mengenainya,” katanya.
Low berkata, keinginan seksual berkurangan sejajar peningkatan usia, tetapi usah biarkan ia mengganggu hubungan suami isteri kerana pada usia semakin senja, sentuhan mesra, bergandingan tangan ketika berjalan adalah kunci kebahagiaan yang sebenar.
Tiada orang yang lebih layak menjaga kesihatan anda kecuali diri sendiri terutama apabila membabitkan kesihatan seksual. Mengalami masalah kesihatan seksual dalam sebarang bentuk boleh meranapkan ego seseorang lelaki sehingga membuat mereka berasa rendah diri dan tertekan.
Jika anda ada masalah ini, jangan cepat berasa tertekan dan malu. Kajian menunjukkan 50 peratus lelaki Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu kelemahan fungsi seksual yang membabitkan kes pancutan awal, sangat mudah terangsang, masalah kurang tegang, ED atau kurang nafsu.

Kira-kira 60 peratus wanita mengalami sekurang-kurangnya satu masalah seksual tetapi kebanyakannya kurang nafsu, masalah kekeringan dan orgasma. Tidak kira masalah seks ini berlaku pada pihak mana, ia akan menjejaskan hubungan dengan pasangan dan kebahagiaan rumah tangga jika tidak ditangani segera.
“Seks bukan hanya untuk tujuan pembiakan (mendapat zuriat) tetapi ia juga menjadi pengikat kasih sayang antara suami isteri dan komponen penting membentuk kehidupan sejahtera. Justeru, seks masih diperlukan walaupun sudah lanjut usia, cuma kekerapan dan caranya mungkin berbeza dengan orang muda,” katanya.
Seks bukan sekadar hubungan badan kerana ia merangkumi skop lebih luas termasuk hubungan sosial dan komunikasi. Inilah sebabnya hubungan mesra dan kemahiran berkomunikasi penting bagi setiap pasangan.
Apabila hubungan kurang mesra, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Akibatnya banyak konflik tidak dapat diselesaikan. Ia kemudian menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, mula menilai diri sebagai lemah dan kurang berkemampuan yang akhirnya menjadikan hubungan antara suami isteri membosankan.
Oleh itu, setiap pasangan perlu bersikap terbuka, bertolak-ansur bagi memastikan kesejahteraan hidup berumahtangga berterusan. 

Atasi segala permasalah rumahtangga anda dengan Kapsul Plasmin yang terbukti untuk melancarkan peredaran darah yang tersumbat dan mengembalikan kelakian anda..Setiap malam adalah malam pertama anda..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s