Teknologi baru cegah strok

Posted: September 1, 2010 in Info Kesihatan

PAKCIK, ubat ini pakcik makan sebiji setiap hari. Jangan ambil lebih. Pastikan pakcik makan pada masa yang sama setiap hari. Jika terlupa, sebaik-baiknya terus makan apabila teringat.
“Jangan sekali-kali gandakan dos makan dua biji pula ya. Lagi satu, jangan lupa bulan depan datang semula ke sini untuk kita buat pemeriksaan darah.”

Itu antara pesanan yang sering diterima pesakit jantung yang bergantung sepenuhnya kepada pengambilan ubat jenis warfarin.
Warfarin adalah sejenis dadah pencair darah yang cukup berbahaya jika tersalah dos.

Penolong Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Razali Omar memberitahu, pesakit yang terambil dos yang salah boleh berhadapan dengan masalah pendarahan serius.
“Warfarin berfungsi mengurangkan risiko serangan strok iskemik, tetapi pada masa yang sama jika tersalah ambil akan mendedahkan pesakit kepada risiko strok pendarahan pula,” katanya.
Warfarin terkenal di kalangan pesakit warga emas yang mengalami gangguan fungsi jantung seperti pemfibrilan atrium (AF).

Walaupun mempunyai kesan sampingan, ia merupakan ubat paling berkesan untuk menghalang pembentukan darah beku yang berpunca daripada AF, sekali gus mengurangkan risiko serangan strok sehingga 67 peratus.

Tetapi dengan perkembangan teknologi, kini pesakit jantung mempunyai pilihan.
Penemuan teknologi baru yang dikenali Left Atrial Appendage Occluder (LAA Ocluder) merupakan khabar gembira buat pesakit komplikasi AF.
Mereka tidak perlu lagi bergantung kepada ubat pencair darah seperti warfarin LAA Ocluder lebih praktikal dan selamat untuk mengurangkan risiko serangan strok dan telah diperkenalkan oleh IJN baru-baru ini
Teknologi itu mula diperkenal dan dipraktik secara meluas di Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah. Di rantau Asia, setakat ini hanya tiga negara sudah mengamalkannya iaitu Hong Kong, Singapura dan Malaysia.
“Komponen asasnya ialah alat Watchman yang boleh berkembang menjadi penutup. Alat itu akan dimasukkan ke dalam jantung pesakit untuk menyumbat pintu masuk ruang kosong yang dipanggil apendaj atrium kiri (LAA) yang terletak di atrium kiri jantung.
“Tujuan penyumbatan ini adalah untuk menghalang sebarang ketulan darah beku yang terbentuk di dalam LAA keluar dari situ. Pada masa yang sama, ia berfungsi menyekat darah dari luar masuk dan bertakung dalam LAA.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s