Bahagian Pertama: Bagaimana saya memulakan perniagaan Bosland?

Posted: August 2, 2010 in Admin

Kegagalan lalu telah banyak mengajarku erti kehidupan. Rugi ratusan ribu hilang begitu sahaja, adalah pengalaman yang tiada boleh dijual beli. Pelbagai telahku cuba untuk terus maju dan berjaya dalam kehidupan ini. Tetapi apakan daya hanya Allah yang tahu akan kesudahan ceritaku ini. Allah yang lebih adil dan saksama.

Kegagalan, aku lebih banyak belajar dengan hukum alam, banyak ikhtibar dan pengajaran. Yang paling penting kehidupan ini perlu diteruskan. Kegagalan bukan bermakna aku terus gagal dalam hidup, sebenarnya ini semua ada hikmahnya dikemudian hari. Kegagalan adalah kejayaan yang tertunda.

Kisahnya bermula ketika aku pulang ke Melaka menantikan kelahiran anak sulungku. Hati ini sungguh berdebar-debar menanti kelahirannya. Dua malam aku tidak dapat tidur lena.

Tepat masuknya waktu Zohor pada 4 hb Oct 2009, lahirlah anak lelaki sulungku, terus berkumandanglah azan Zohor mengiringi kelahirannya. Alhamdulillah inilah rezeki yang tidak ternilai dengan harta dan wang ringgit. Lahirnya seorang insan yang ku beri namanya Muhammad Uwais Al Qarny.

Bosland datang kepadaku ketika aku rasakan bahawa tiada harapan lagi untuk berniaga. Tapi hati kecil ini, mendesak agar aku terus mencuba dan terus mencuba dan aku pasti berjaya. Bosland datang ketika aku menyambut kelahiran anak pertamaku ke dunia ini pada 4.10.2010 dan Bosland datang selepas 2 bulannya.

Hendak memulakan perniagaan online tetapi modal tiada, pelbagai alasan yang timbul dalam hati ini. Tetapi jika aku terus beralasan tiada satu kerja akan menjadi. Aku teruskan usaha walau tiada modal ditangan. Aku telah tiada apa lagi, segalanya tiada, yang ada hanya satu peluang (Bosland) dan semangat berkobar-kobar untukku berjaya.

Hati ini terus bersemangat untuk memulakan perniagaan Bosland ini. Jesteru aku bertemu dengan Abang Jaafar salah seorang programmer di Jaguhinternet. Lembut dan berbudi bahasa orangnya.

Aku usulkan niat aku nak memulakan dan membuat satu website untuk aku mempromosikan Bosland di internet. Abang Jaafar bersetuju untuk membantuku, Alhamdulillah bisik hati ini. Aku bertanyakan berapakah bayaran untuk membina website, Abang Jaafar memberitahuku RM1,500.

Termenung sejenak tanpa mengeluarkan sepatah huruf dan suara. Termangu aku seketika, mana aku nak cari duit sebanyak tu. Tetapi aku benar yakin yang aku pasti berjaya kali ini. Jangan ada alasan untuk berjaya. Alasan menjauhkan aku dari segala impian.

Pada ketika itu hendak membeli domain http://www.JutawanBosland.com/register berharga RM50 pun tiada, inikan pula RM1500 untuk membuat website, terpaksalah untuk aku menebalkan muka untuk meminjam isteriku. Aku berjanji akan membayar dia semula. Senyum kecil di bibir isteriku. Alhamdulillah dia setuju.

Aku telah berbincang dengan Abang Jaafar, aku hanya mampu untuk membayar separuh dahulu dan separuh aku bayar kemudian. Dia pun setuju. Aku beritahu dia bahawa website ini perlu siap sebelum aku pulang ke Sarawak.

Inilah bantuan Allah dan kehendak yang kuat untuk berjaya. Abang Jaafar telah menyiapkan website ini dalam masa seminggu sahaja, yang mana beliau telah memberi keutamaan untuk menyiapkan website aku. Padahal banyak lagi website lain yang masih belum siap. Terima kasih Abang Jaafar. Jasamu akan ku kenang sehingga akhir hayat. Sungguh sedih hati ini, ini semua cerita dan pengalaman untuk aku terus berjaya.

Bosland Penawar Segala Kedukaan lalu..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s