Industri e-dagang dijangka naik 30%

Posted: July 15, 2010 in Business

PENGGUNAAN landasan e-dagang di negara ini dijangka meningkat sehingga 30 peratus setahun berbanding sekarang dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun akan datang.

Pengerusi Persatuan ICT (Teknologi, Komunikasi dan Maklumat) Kebangsaan (Pikom), Wei Chuan Beng, berkata pertumbuhan itu seiring penyediaan pelbagai infrastruktur, kematangan jalur lebar selain meningkatnya kesedaran mengenai penggunaan e-dagang di kalangan masyarakat.

“Dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun lagi, industri e-dagang Malaysia dijangka tumbuh antara 20 hingga 30 peratus setahun.

“Selain dipacu pelbagai faktor antaranya kemudahan lengkap landasan ICT disediakan kerajaan, pertumbuhan ini juga selari dengan peningkatan penggunaan e-dagang di seluruh dunia yang dijangka meningkat 32 peratus membabitkan transaksi RM92.4 bilion tahun ini berbanding RM67 bilion pada 2009,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Bulan ICT Kebangsaan 2010 (NIM 2010) di Kuala Lumpur, semalam yang disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Wei berkata, bagi menggalakkan aktiviti e-dagang, institusi kewangan perlu menawarkan kadar faedah membabitkan penggunaan landasan itu.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s