Taklimat Bosland di Kuching

Posted: July 8, 2010 in Business

Taklimat dilangsungkan di Pejabat Stokis Negeri pada 7 Julai 2010, di Jalan Kulas Kuching, Sarawak. Premis nya di apit oleh Pejabat DIGI dan AGRO Bank jarak beberapa unit sahaja. Anda tidak akan terlepas darinya jika anda mencari.

Cikgu Norazman Jindul, JutawanBosland memulakan majlis pad jam 8.30 setelah semua kerusi dewan dipenuhi. Beliau … terlebih dahulu memperkenalkan dirinya sebagai seorang guru selama 17 tahun. Sekarang ini beliau sedang dalam cuti tanpa gaji, bagi memenuhi hasrat untuk mempersiapkan operasi gerak gempur Bosland di Sabah dan Sarawak.

Penumpuan di Sabah telah selesai dimana Bosland mempunyai lebih dari 1,000 orang ahli yang aktif dan Pusat Stokis Negeri telah di buka di Kota Kinabalu. Sekarang in beliau bertumpu ke Sarawak. Beliau telah membelanjakan sejumlah wang yg banyak untuk membuka Stokis Negeri yang ada sekarang. Sewaan pejabat ialah RM3,500 sebulan dengan deposit 3 bulan sewaaan. Diikuti dgn ubahsuai dan hiasan dalaman dgn kos RM300,000.00 dan pembelian stok simpanan produk bernilaiRM160,000.00. Manakala keahlian yang ada di Sarawak belum lagi mencecah angka 100 orang.

Sehubungan dgn in beliau ingin berkongsi peluang yang hebat ini untuk kebaikan bersama sebagai satu tuntutan fardhu kifayah yg diajar oleh Islam. Beliau sangat berharap semua yg hadir pd malam ini menjadi yang terawal di Sarawak merebut peluang ini.

Beliau telah berpengalaman selama 16 tahun dlm bidang Networking ini. Beliau mengakui dengan rendah hati bahawa perniagaan Networking  yang diceburinya secara sambilan itu memberi hasil pulangan yang sangat lumayan. Beliau telah meraih jutaan ringgit dalam bidang ini dan beliau mengaku bahawa beliau telah berjaya mencapai taraf jutawan. Bukan bertujuan untuk bersikap ego dan menunjuk , tetapi sebagai perangsang kepada rakan-rakan yg lain.

Beliau berehat dari Networking business selama 3 tahun, 2006,2007 dan 2008, ketika dunia Networking sedang gawat dan penuh dgn fantasi dan angan-angan yang beliau tidak yakin sama sekali. Banyak skim Networking  dari luar negeri berleluasa yg tidak mempunyai barangan untuk di akad jualbeli.

Sebenarnya beliau adalah mantan ahli UPTREND dengan No. Keahlian 002 yang mendapat penghargaan tawaran 60 lot secara percuma. Beliau memberitahu bahawa Encik Nor Azmi Karim dan En Ahmad Daud adalah merupakan staff yang berkerja dgn beliau semasa beliau dalam UPTREND.

Beliau kembali aktif semula dalam Networking pada bulan Mac 2009, setelah melihat dan mengkaji sistem Networking anjuran Bosland, merupakan satu sistem pemasaran yang terbaik dan tidak ada MLM yg lain yg boleh menandinginya.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi beliau yakin dengan Bosland ialah:

(i) Syarikat yang kukuh.

Syarikat tempatan usaha sama sekeluarga. Mempunyai kilang sendiri mengeluarkan produk kesihatan . Kilang ini telah beroperasi sejak tahun 1989 iaitu sudah menjangkau usia 21 tahun. Lokasinya ialah di Kawasan Perindustrian Kamunting, Taiping, Perak. Keseluruhan produknya berjumlah lebih dari 30 jenis pelbagai produk penjagaan kesihatan. Produk Bosland juga yang diguna pakai oleh syarikat direct selling yang lain.

Syarikat ini dimiliki oleh Dr. Lee Hock Tao dan keluarganya. Dr. Lee sekarang memegang jawatan Ketua MCA Bahagian Taiping. Anak lelaki beliau Mr. Cheng yg berusia 29 tahun adalah Ahli Majlis Perbandaran Taiping.

(ii) Mempunyai Asset dan Ladang Herba

Keluasan kawasan perkilangan ialah 3.4 ekar dan keseluruhan assetnya dlm lengkungan jumlah RM10.1juta. Syarikat Bosland juga mempunyai ladang herba di China dan ladang teh di Cameron Highland.

(iii) Mendapat kelulusan Lesen AJL Selama 17 Tahun

Bosland telah mendapat kelulusan lesen Jualan Langsung sejak tahun 1993 dgn Nombor Pendaftarannya AJL 93425 selama 17 tahun yg lalu. Syarikat ini tidak pernah menghadapi masaalah dalam memperbaharui lesen AJL nya yang mesti dibuat pada setiap tahun. Ini menggambarkan bahawa syarikat ini mempunyai rekod kewangan yang kukuh.

(iv) Produk Mencapai Tahap Piawaian Antarabangsa

Selain dari faktor syarikat dan kilang, produknya juga menjadi satu lagi alasan yg kukuh untuk Cikgu Norazman melibatkan dirinya menyertai direct selling barangan Bosland. Produknya 100% herba tanpa bahan-bahan tambahan yang lain. Produk ini diuji di makmal USM Pulau Pinang.

Mengapa kita tidak pernah mendengar nama Bosland? Jawapannya ialah selama ini, produknya hanya di ekspot keluar negeri seperti Jepun, China, Korea, Hongkong, Taiwan dan Philiphina. Negara-negara seperti Jepun, China, Korea, dan sekitarnya merupakan negara-negara yg sangat terkenal dgn penggunaan hasil perubatan herba. Tetapi Bosland berjaya memasuki pasaran mereka. Ini menjadi satu tanda bahawa kualiti dan khasiat produk Bosland bertaraf piawaian antarabangsa. Sekarang ini perniagaan Bosland berjalan serentak secara Commerce dan E-Commerce. Laman web Bosland ialah http://www.Bosland.com.my

Dr. Lee Akan Melawat Sarawak:

Tuan punya syarikat iaitu Dr. Lee Hock Tow telah lebih 3o tahun terlibat dlm amalan perubatan tradisi China. Cikgu Norazman memberitahu bahawa Dr. Lee akan berada di Kuching pada 23 dan 24 Julai 2010 akan datang. Semasa berada disini, beliau akan membuka klinik pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA kepada sesiapa saja , bertempat di Pejabat Stokis Negeri, Kuching dari jam 9 pagi hingga jam 9 malam.

(v). Plan Pemasaran.

Cikgu Norazman menekankan bahawa semua orang boleh mengeluarkan modal untuk memulakan sesuatu perniagaan direct selling yg telah diceburi sebelum ini. Tetapi daya tahan untuk “maintaian” setiap bulan menjadi satu bebanan kepada ahli yg baru.

Beliau mendedahkan kepada para tetamu bahawa hasil selama 16 tahun beliau membuat Networking ialah 6 buah rumah dan 5 buah kereta mewah. Bukan tujuan membesar diri tetapi membuktikan bahawa Networking business boleh memberi hasil pulangan yang sangat lumayan dan jalan menjana pendapatan seorang jutawan.

Tersangat jauh bezanya berbanding dengan simpan sebanyak RM200ribu dlm ASN oleh seorang staf kerajaan yg meminjam dari bank, sebagai persiapan selepas bersara pada umur 58 tahun. Kerana menjelang umur 58 tahun, kita telah melepasi batasan waktu, khususnya waktu sihat. Rebutlah sihatmu sebelum datang waktu sakitmu.

Pakej Bosland: (Produk yg digunakan dlm pakej Bosland ialah Whitefully Pearl Milk Powder, Slimmee Coffee, Qiang Feng San, Plasmin dan Ganodarma)

Pilihan Harga;

Pengguna; RM200/ – 1 set – 50BV – (1 Boland paperbag & 1 Bosland Folder)
RM398/ – 2 set – 100BV ( 2 Bosland paperbag & 2 Bosland Folder)

Usahawan: RM1,692/ – 8 set – 400BV ( 8 Bosland paperbag & 8 Bosland Folder)
RM3,980/- 20 set – 1000BV (20 Bosland paperbag & 20 Bosland Folder)

Jenis Bonus Yang akan dibayar:

(i) Bonus Tajaan – 30%
(ii) Bonus Pasangan – 20%
(iii) Bonus kepimpinan – antara 20% – 80% bergantung kpd pakej yg dibeli.
(iv) Terdapat 2 lagi jenis bonus yg diatur secara komputer automatik.

Seterusnya Cikgu Norazman memberikan secara terperinci mengenai cara-cara pengiraan bonus, pembahagian bomus, dan juga tarikh-tarikh pembayaran bonus. Syarikat akan membuat pembayaran terus kedalam akaun bank masing-masing tanpa perlu proses pindaan melalui komputer. Kemudahan cara ini dapat mengelak bonus tersangkut di dalam akaun syarikat, kerana pengguna tidak mempunyai asses komputer atau pun tidak mahir dari segi penggunaan komputer.

Taklimat berakhir kira jam 9.30 malam. Dalam ucapan penutupnya, Cikgu Norazman mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan majlis doa selamat menjelang bulan Ramadhan dan juga sebagai perasmian Pejabat Stokis. Hari pertama Puasa dijadualkan pada 11 Ogos 2010.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s