Bosland Perniagaan Internet 2010

Posted: June 28, 2010 in Business

Kedudukan ekonomi adalah amat penting bagi menjamin keselesaan dalam kehidupan. Tidak dapat dinafikan bahawa kukuhnya kewangan kita berkait rapat dengan keselesaan yang kita ada. Dalam dunia yang semakin mementingkan materialistik atau kebendaan ini, masing- masing individu mengejar dan mencari peluang untuk mendapatkan aspek ini yang dijadikan juga kayu pengukur kepada status sosial seperti jenis rumah , kenderaan, pakaian dan bermacam-macam lagi.

Kenaikan harga barang keperluan harian seperti makanan, pakaian, petroleum dan perkhidmatan telah menyebabkan keruncingan ekonomi yang boleh menyebabkan seseorang menghadapi tekanan yang memburukkan lagi keadaan.

Terdapat dua cara untuk mengatasi masalah ekonomi ini iaitu dengan cara berjimat atau dengan menambahkan lagi pendapatan kita. Berjimat dengan erti kata lain juga bermakna kita cuba untuk mengecilkan ruang keselesaan yang ada. Contohnya, segala perbelanjaan hendaklah dikurangkan dan dikawal agar tidak melebihi jumlah had perancangan. Sedikit lebihan mungkin akan menyebabkan perbelanjaan lain yang penting akan turut terjejas. Tambahan pula, berjimat juga ada batasnya. Kita tidak mampu untuk terus berjimat jika tahap kos bagi sesuatu perkara sudah berada di tahap yang minima. Tiada ruang lagi untuk berjimat sehingga ianya boleh menyebabkan masalah dan bukan lagi mengurangkan keselesaan.

Mencari sumber kewangan kedua adalah alternatif yang boleh dipraktikkan. Terdapat beberapa cara untuk mencari pendapatan seperti “main” saham, berniaga di malam hari atau melibatkan diri dalam perniagaan yang sedang meningkat naik sekarang ini iaitu Bosland perniagaan internet.

Pasaran saham buat pada masa ini adalah amat tidak menentu dan para pelabur khususnya di Malaysia masih tercari- cari masa yang pernah memuncak pada satu ketika dahulu untuk kembali. Pasaran saham tidak selalunya indah dan barangkali lebih memudaratkan dengan risiko yang amat tinggi. Risiko yang tinggi sering kali dikaitrapat dengan keuntungan besar yang akan diperolehi. Pada hakikatnya, keuntungan besar adalah sesekali tetapi kerugian besar mungkin “banyak -banyak” kali. Pasaran saham amatlah mengelirukan dan memang berisiko tinggi.

Perniagaan pilihan kedua iaitu perniagaan pada malam hari mungkin tidak langsung praktikal kerana setelah penat bekerja di siang hari, kita memerlukan masa untuk berehat. Yang amat diperlukan oleh masyarakat adalah perniagaan yang boleh dilakukan tanpa memerlukan aktiviti fizikal tetapi boleh mendapat keuntungan yang lumayan. Contoh paling sesuai ialah Bosland perniagaan internet.

Perniagaan jenis ini memerlukan kos yang amat minima dan sedikit kemahiran teknologi maklumat dalam pembangunan laman web yang mana ia kini amat mudah untuk dipelajari dan didapati secara percuma. Perniagaan internet adalah menjadi pilihan masakini. Banyak kursus- kursus perniagaan internet di akhbar- akhbar dan laman web ditawarkan pada masakini. Perkembangan teknologi jalur lebar dan juga hasrat kerajaan untuk memastikan “satu rumah satu komputer” telah menjadi pemangkin kepada perniagaan internet ini. Oleh itu, perniagaan internet dipercayai mempunyai masa depan yang amat baik di Malaysia.

Sebagai kesimpulannya, perniagaan internet adalah menjadi pilihan sebagai cara yang sesuai untuk menjamin kekukuhan ekonomi seseorang. Di samping itu, galakan kerajaan ke arah teknologi maklumat untuk rakyat adalah sejajar dengan perniagaan jenis ini. Kita tidak perlu menunggu lagi untuk memulakan perniagaan internet kerana prasarana sudah terbina pesat sejak 1990-an.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s