TIDAK BERDOSA MENJADI JUTAWAN

Posted: April 6, 2010 in Renungan

Tidaklah berdosa bagi kita untuk mengharapkan memperolehi banyak wang, harta bahkan menjadi JUTAWAN , selagi niat kita bersih. Dalam sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Al Hakim dan dinilai sahih oleh Imam Ahmad dan Az Zahabi menceritakan bahwa satu ketika Rasullullah s.a.w. telah memanggil Amru Ibnu Ash , menyuruhnya bersedia memakai baju besi dan membawa senjata. Apabila Amru tiba, Rasullullulah s.a.w. menatapnya lalu bersabda yang bererti:

” Aku mengutus kamu pergi merantau dimana engkau akan mendapat harta rampasan, dan engkau akan kembali dengan selamat. Aku berharap engkau kembali membawa banyak harta (harta rampasan itu ). Amru menjawab ” Wahai Rasulullah, , aku memeluk Islam bukan untuk memperkayakan diri, melainkan kerana semangat mulia Islam”. Rasullullah menjawab” Oh Amru. Sungguh terpuji harta yang suci itu bagi orang-orang yang soleh””.

Dalam dialog yang lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dan dinilai sahih oleh al Busyairi dan Al Baniy, Rasullullah bersabda:

” Tidak ada mudharat ( kerosakan dan bahaya) dalam harta bagi mereka yang bertaqwa, tetapi kesihatan itu lebih baik daripada menjadi kaya bagi mereka yang bertaqwa”.

Sesungguhnya amat jelas ajaran Rasullullah s.a.w. tentang harta dan wang. Semuanya sudah diatur sedemikian rupa. Dari hadith-hadith Rasullullah diatas, seharusnya kita mengerti, betapa beliau tidak menolak harta atau pun wang. Kalau Rasullullah tidak menolak kepentingan harta dan wang, mengapa kita masih mahu menolak harta atau wang ketika menjalankan urusan perniagaan, misalnya. Contohilah Rasullullah dengan apa yang pernah beliau perkatakan kepada Amru ibn Ash: ” Aku harap engkau kembali membawa harta yang banyak”.

Hal demikian bukan bererti Rasullullah bersikap kebendaan tetapi beliau sedar bahwa perjuangan Islam memerlukan biaya yang bukan sedikit. Dalam sesuatu perjuangan diperlukan biaya. Bagaimana kita dapat menjaga marwah ( harga diri ) dan izzah ( kehormatan ) Islam, jika untuk membina masjid, sekolah2 agama dan menyediakan kemudahan ( infrastruktur) Islam dengan cara mengemis. Sepatut kita prihatin dan malu, saudara2 kita yang se iman ramai sekali yang mengemis-ngemis di perhentian-hentian bas, pusat belibelah bahkan ada yang dari pintu ke pintu untuk menyediakan kemudahan beribadah. Menjual murah ayat-ayat bahkan lebih dari itu. Sedangkan Rasullullah tidak pernah mengajar kita demikian. Rasullullah pernah bersabda yang bererti :

” Tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah”. Maksudnya: Orang memberi itu lebih baik daripada yang meminta.

Rasullullah sendiri seorang pekerja yang berkerja keras. Beliau tidak pernah meminta apa-apa pun berbentuk kebendaan daripada sahabat-sahabatnya. Bahkan seluruh harta kekayaan beliau diabdikan untuk kepentingan jalan Allah. Itulah sebabnya kenapa para sahabatnya juga gemar menafkah harta pada jalan Allah. Mereka malu kepada Rasullullah s.a.w..

Wang atau harta itu penting agar kita mampu beribadah dengan tenang. Bagaimana kita dapat melaksanakan ibadat solat dengan tenang jika kita lapar, jika anak kita menangis terus meminta SUSU , sedang kita tidak mampu membelinya. Bagaimana kita boleh bersedekah , membantu fakir miskin, berhaji ke Baitullah, berzakat, dan menyekolahkan anak-anak kita menuntut ilmu, kalau kita tidak punya wang samasekali., tak punya harta samasekali.

Nyata sekali salah, kalau Islam mengajar kita agar lebih senang dengan miskin berbanding kaya. JUTAWAN . Salah sekali kalau Allah lebih menyukai orang yang miskin berbanding orang yang kaya. Bukankah Allah lebih suka umat Islam yang kuat ( kaya) berbanding yang lemah (miskin) ? Sedangkan perjuangan sukar menjadi kuat kalau lojistik, harta dan wangnya tidak mantap. Bagaimana kita boleh mengerjakan dakwah Islamiah di Papua New Guinea, contohnya, jika wang tidak ada untuk pergi ke sana.

Hakikatnya, jangan jadi miskin. Jadilah JUTAWAN, kerana jika kita hidup miskin, , hidup akan menjadi sukar. Percakapan tidak dihargai. Jika ada barang jiran tetangga yang hilang kita akan dituduh mencuri. Kalau berkunjung ke rumah jiran, akan disangka meminta sumbangan dan begitulah seterusnya.

Oleh demikian, mulai sekarang, katakanlah pada diri kita bahwa kita tidak mahu menjadi miskin. Kita mesti menjadi kaya. JUTAWAN . Umat Islam perlu kaya. Kaya tetapi berwibawa. Kaya tetapi bersahaja. Kaya tetapi bertaqwa. Kaya tetapi dermawan. Itulah yang dicontohkan oleh Rasullullah s.a.w. Bahkan turut dicontohi oleh Nabi-Nabi yang terdahulu seperti Nabi Ayyub, Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof. Mereka semuanya mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah.

Wallahu’a’lam.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s