KORBAN KEYAKINAN 2

Posted: March 23, 2010 in Renungan

Setelah dia sembuh datanglah dia kpd raja, dan duduk disamping raja itu sebagaimana biasa. Demi raja melihat akan dia, baginda pun bersabda:” Siapakah yg mengembalikan penglihatan engkau kpd engkau?”

Tuhanku….” Jawabnya.

“Adakah juga engkau bertuhan selain daku?”kata raja.

“ Tuhan ku dan Tuhan duli tuanku adalah Allah”.!

Raja marah, ia diserkap lalu diazab, sehingga akhirnya ditunjukkannyalah kanak-kanak ituk kpd raja. Kanak-kanak itu pun dibawalah kehadapan raja. Demi setelah hadhir, baginda pun bersuara:’ “Hai anakku, sudah sampai darjat sihirmu kepada dapat menyembuhkan orang tuli dan orang berpenyakit kusta, engkau telah mengerjakan begini dan engkau telah mengerjakan begitu”.

Kanak2 itu menjawab “ Tiadalah patik pandai menyembuhkan seorang, bahawasanya yg menyembuhkan hanyalah Allah Ta’ala semata-mata”.

Ia pun ditangkap dan diazab pula. , sehingga akhirnya ditunjuknya rahib yg mengajarnya. Rahib itu pun ditangkap, ia pun dipaksa orang supaya kembali kepada agamanya yang lama tetapi ia enggan. Maka raja pun menyuruh mengambil sebuah gergaji , kepalanya akan digergaji sehingga belah dua dan otaknaya jatuh hancur luluh. Kemudian dihadap pula ahli majlis raja, ia pun dipaksa kembali kepada agamanya yang lama, tetapi enggan. Gergaji pun diletak ditengah-tengah kepalanya, kepala itu pun belah dua dan hancur luluh otak benaknya. Kemudian itu dihadaplah kanak-kanak tadi, ia pun dipaksa kembali kepada agamanya yang lama, ia pun enggan pula, . Maka raja pun mengarahkan kepada beberapa orang pengawalnya, seraya bersabda, “ Bawalah budak ini keatas bukit yang di sana, bawa dia mendaki, bila telah sampai ke puncaknya, suruh dia kembali kepada agamanya yg lama, kalau dia tidak mahu, hendaklah dicampakkan kebawah”.

Budak itu pun dibawalah orang mendaki bukit. Sampai disana ia bermohon kepada Tuhan, demikian bunyinya: “ Hendaklah Tuhan memeliharakan daku daripada mereka”.

Tiba-tiba bukit itu pun bergoncang, sehingga pengawal-pengawal jatuh bergelimpangan kebawah.

Budak itu kembali kepada raja. Demi setelah melihat budak itu berdiri dihadapannnya, baginda pun bersabda; ‘ Hai anak! . Mengapa engkau sudah berada disini? Apakah yang telah dikerjakan oleh orang-orang suruhanku?’”

“ Allah telah memeliharakan patik daripadanya”.

Budak itu pun diserahkan raja pula kepada pengiring-pengiringnya yang lain seraya bersabda; ‘Bawalah pergi anak ini. Bawa belayar dengan sebuah perahu , layarkan ketengah2 lautan. Paksa dia kembali kepada agama asalnya yang lama, kalau dia tidak suka , lemparkan dia ke laut”.

Orang-orang itu pun pergilah membawa budak itu mengikut perintah raja. Budak itu pun bermohon pula kepada Tuhan: “ O! Tuhanku ! Hendaklah Tuhan peliharakan daku menurut kehendak engkau daripada mereka ini.”

Tiba-tiba perahu terbalik dan orang-orang raja karam semuanya. Budak itu kembali sebagai biasa kepada raja. Raja pun tercengang seraya bersabda” Apakah yang telah di buat oleh orang-orang yang telah membawa engkau ?

Budak itu menjawab; “ Allah telah memeliharakan daku daripada mereka” Sesaat setelah itu budak itu berkata pula, ‘ Wahai Tuanku, tiadalah akan dapat membunuh patik, sebelum Tuanku ikut apa yang patik suruhkan.’”

“ Apakah yang engkau suruhkan?” Tanya raja.

“ Suruh manusia berkumpul pada suatu tempat tanah ketinggian. Salibkan daku diatas pelepah tamar, kemudian itu ambillah panah daripada tempat panahku, letakkan panah itu pada busurnya, kemudian itu bacalah; ‘Dengan nama Allah Tuhan dari budak ini ( Bismiillah hi Rabbil Ghulam) kemudian itu panahlah patik. Kalau suruhku itu dikerjakan, barulah tuanku dapat membunuhku”.

Mendengar itu, raja pun mengumpulkan orang ramai pada setumpak tanah yang ketinggian, ia pun disalibkan pada pelepah tamar. Raja pun mengambil panah daripada tempat panah budak itu seraya membaca:’ “ Bismillah hi Rabbil Ghulam, “ Panah itu pun dilepaskan, tepat mengenai jantungnya. Maka budak itu pun meletakkan tangan pada tempat yg kena panah itu, dan ia pun wafatlah.

Maka berkataalah salah seorang pengiring raja, “ Tidakkah Paduka perhatikan, bahawa apa yang Paduka takuti telah terjadi, hendaklah Paduka berhati-hati , semua manusia telah beriman kepada Tuhan budak itu!”

Mendengar itu raja pun menyuruh menggali sebuah lubang besar di gapura kota. Lubang itu pun dibuatlah orang lalu dinyalakan api didalamnya. Setelah selesai, raja pun bersabda, ‘ Barangsiapa yang tiada kembali kepada agamanya yang lama, hendaklah dilemparkan kedalam lubang ini”.

Tidak seorang juapun mahu kembali, sehingga mereka dilemparkan kedalamnya satu persatu. Akhirnya datanglah seorang perempuan dengan anaknya yang masih kecil. Melihat api yang menyala-nyala , perempuan itu mundur maju. Maka berkatalah anak kecil kepada ibunya; “ Ibu! Hendaklah sabar, kerana ibu sentiasa benar………..”!.

Sekianlah cerita Nabi itu.

Moral cerita:

Budak itu telah menjadi korban daripada keyakinannya, dan dia telah mati didalam mempertahankan keyakinannya iaitu : ALLAH ada”. Mati lebih murah baginya daripada senegeri manusia yang telah percaya bahawa Tuhan Allah itu maha kuasa adanya. Orang dari bermula tidak mahu percaya , mereka hanya hendak percaya, kalau si Ghuilam terlebih dahulu memberikan korban yang besar. Buat itu ia harus menempuh mati , meninggalkan hidup. Ia tempuh kematian , kerana kematiannya tidaklah berharga baginya, jika dibandingkan dengan kebesaran nama Allah.

Baginya kematian itu adalah perpindahan, pindah dari dunia yang sempit kepada yang lebih luas. Mati adalah batas, batas antara musim menanam dengan musim mengetam. Ditempuhnya dan ditunjukkannya kepada orang lain, bahawa demikian mestinya seseorang harus berbuat. Benarlah perkataan Zubair bin Abi Salmaa, seorang ahli shaer Arab dizaman jahiliyah: Fal judu binnafsi aqshaa ghayatil judi ( berderma dengan diri sendiri, adalah derma yang paling penghabisan).

Meskipun ia meninggal dan ia hilang, obor dibelakangnya telah melekat satu kepercayaan yang tulin dan murni , yang tidak lekang di panas dan tidak lapuk di hujan. Sehingga penganut-penganut kepercyaaan itu pun sudi memberikan dirinya dibakar, dibunuh, diseksa, disegala-galakan, asal tak berkocak didalam Imannya.

Islam memberikan didikan yang paling besar dalam perkataan ini. Itulah sebabnya Muslimin di zaman dahulu telah mendapat kedudukan yag penting didalam dunia.
Ayat Quran sentiasa mengajarkan ‘ Mujahadah bil amwal “ dan “ Bil anfusi “ dengan harta dan diiringi dengan diri. Maka sebagai seorang Muslim, hendaklah kita, mati di dalam korban! Bukan korban lantaran cinta tanahair, bukan lantaran cinta nusa, dan bukan cinta bangsa.

TETAPI: Janganlah kamu menghembuskan nafas yang penghabisan , melainkan dalam Islam. Dengan itu terliputlah segala yang yang perlu. Dan marilah kita berusaha lantaran itu.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s