YAKINLAH! ALLAH MENJAMIN REZEKI KITA

Posted: March 18, 2010 in Renungan

” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka, dan Aku tidak menghendakki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh”. Quran Surah az Zariyat 51 – ayat 56-58.

” Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbih dengan memuji nama Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih jugalah di waktu-waktu malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu berasa senang, dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang Kami berikan kepada kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cubai mereka dengannya, dan kurnia Tuhanmu adalah baik dan lebih kekal. Dan perintahkanlah kepada keluargamu supaya mendirikan SOLAT dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripada kamu, Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu, dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang-orang taqwa”. Quran Surah Tha-Ha 20 ayat 130-132.
Dengan jelas Allah swt menjelaskan kepada kita tentang tujuan hidup, iaitu untuk menyembah Allah, menyembah Allah, menyembah Allah.

Allah tidak juga meminta rezeki daripada kita. Allah sama sekali tidak meminta harta kita. Allah tidak meminta kekayaan kita. Justeru kitalah yang meminta kepdaNya. Kita minta rezeki, kekayaan, isteri, anak-anak, dan kemewahan-kemewahan dunia daripadaNya. Kerana sememangnyalah Allah Zat Pemberi Rezeki. Dialah yang memenuhi segala keperluan kita.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s