KORBAN KEYAKINAN 1

Posted: March 16, 2010 in Renungan
Tags:

Banyak orang yang memandang mati itu ringan, asal dengan mati dia dapat menunjukkan cintanya.

Saya teringat teringat kisah Mdm Rollande, yg ketika di Frankriyk terjadi pemberontakan besar. Dia telah dibawa ke tiang guillentine, maka dihadapan patung kemerdekaan ituia telah menyembah menyimpuh, laksana berdatang sembah, : ‘ Banyak sekali korban yg telah diambil orang atas namamu”

Saya ingat Hassan Basri seorang kominis, seketika dia akan digantung dalam bui di Chianjor, seketika tangannya akan diikat dan matanya akan ditutup, dia telah berkata; ‘ Hidup Kominis”.

Dan saya ingat beratus bahkan beribu orang yang telah menjadi korban daripada barang yang dicintainya, drpd tanahairnya, bangsanya, nusanya, agamanya, keturunannya,dan kehormatannya pun.

Kazim Pasya al Hussaini Almarhum, jago tua dari Palestin pernah berkata dihadapan pengikut-pengikuntya , menegah mereka gentar menghadapi bahaya apa pun jua, kerana kemerdekaan itu kata beliau, harus didirikan di atas tengkorak anak lelaki.

Maka adalah pengorbanan yg paling beruntung, yg lebih daripada apa yg dapat dikira-kirakan oleh otak insan biasa, pengorbanan kerana keyakinan, pengorbanan yg mengharapkan keuntungan besar yg akan diperolehi oleh orang, sepeninggalan kita jika kita menjadi korban itu.

Demikianlah suatu hikayat zaman dulu, dikhabarkan oleh orang yg wajib dipercaya, yg mustahil akan menambah dan mengurangi, harus menjadi perbandingan kpd kita.

Yang bercerita adalah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, orang yg berkata dalam pimpinan ilham dan wahyu. Disampaikan oleh Imam Muslim, diterima dgn sanadnya drpd sahabat Nabi yg utama Shubaib orang Romawi, demikian bunyinya:

Berkatalah Rasullullah s.a.w. :

Dizaman dulu ada seorang raja , baginda ada mempunyai seorang Tukang Sihir. Maka tatkala Tukang Sihir terasa badannya sudah tua, berdatang sembah ia kpd baginda, : “ Ampun Tuanku, bahawasanya patik ini telah tua, maka kirimlah kpd patik, seorang kanak2 , supaya ku ajarkan kpdnya sihir patik itu.

Permintaan itu pun dikabulkan oleh Baginda Raja, dikirmkanlah kanak2 itu akan mempelajari sihir kpdnya. Maka dipertengahan jalan antara rumah kanak2 itu dgn rumah tukang sihir, ada berdiam seorang pendita, ketika akan pergi kerumah tukang sihir, , singgahlah dia kerumah pendita barang sebentarmendengar perkataannya. Demikianlah tiap2 dia datang kerumah tukang sihir tua , singgah juga dia dirumah rahib itu.

Tukang sihir sentiasa marah, sehingga dia tiap-tiap dating lambat dipukuli dan hal itu disampaikan oleh kanak2 itu kepada rahib tadi.

Maka berkatalah rahib itu:” Jika engkau takut kpd tukang sihir, katakanlah saja engkau ditahan oleh ahlimu dirumah dan jika engkau takut dimarahi di rumah, katakanpula engkau ditahani oleh tukang sihir.”

Maka petua rahib itupun diamalkannyalah beberapa lamanya. Tiba-tiba pada suatu hari ( seketika dia menempuh jalan ) bertemulah dia dengan seekor binatang yang telah menghalangi manusia ( yang lalulintas) .Kanak2 itupun berkatalah seorang dirinya; “ Pada hari ini ilmu tukang sihir kah yang lebih baik atau ilmu Tuan Rahib? Setelah itu diambilnya sebuah batu seraya nerkata:’ Ya Allah! Jika pelajaran Rahib itu yang lebih engkau sukai drpd pelajaran tukang sihir, bunuhlah lah binatang ini, sehingga orang dapat lalulintas disini”.

Binatang itu pun dipalunyalah dgn batu yg diambilnya tadi , ia pun mati seketika itu juga dan manusia lain-lain pun dapat lalulintas kembali. Setelah itu kanak-kanak itu pun datanglah kepada rahib dikabarkanya apa yg telah kejadian. Mendengar itu Rahib pun berkata: “ O! Anak. Kalau demikian adanya , maka pada hari ini engkau telah lebih mulia drpd ku, telah sampai keadaan engkau kpd apa yang engkau kehendaki dan engkau akan ditimpa bahaya besar. Jika engkau ditimpa bahaya, jangan engkau tunjukkan kpd manusia lain siapa aku ini”.

Demikianlah, kanak-kanak telah dpt menyembuh orang yg mendpt penyakit tuli dan kusta, ia telah dpt mengubati manusia, dgn sekelian macam ubat. Perkabaran itu sampailah ketelinga salah seorang ahli majlis raja, yg telah buta matanya. Maka datanglah dia kepada kanak2 itu membawa harta hadiah yg besar jumlahnya seraya berkata:’ Segala harta ini akan ku hadiahkan kpd mu jika engkau dpt menyembuhkan daku”.

Kanak itu menjawab: “ Adapun saya tidaklah dapat menyembuhkan barang seorang jua pun drpd penyakitnya. Hanya yang menyembuhkan Allah Ta’ala semata-mata. Maka jika tuan suka beriman kepada Allah Ta’ala, akan saya mohonkan kpd Allah supaya tuan disembuhkan, dan Ia akan sembuhkan tuan. “ itulah syarat yg ditunjukkannya sehingga orang itu sembuh darpd penyakitnya.

Setelah dia sembuh datanglah dia kpd raja, dan duduk disamping raja itu sebagaimana biasa. Demi raja melihat akan dia, bagindapun bersabda:” Siapakah yg mengembalikan penglihatan engkau kpd engkau?”

Tuhanku….” Jawabnya.

“Adakah juga engkau bertuhan selain daku?”kata raja.

“ Tuhan ku dan Tuhan duli tuanku adalah Allah”.!

Raja marah, ia diserkap lalu diazab, sehingga akhirnya ditunjukkannyalah kanak-kanak ituk kpd raja. Kanak-kanak itu pun dibawalah kehadapan raja. Demi setelah hadir, baginda pun bersuara:’ “Hai anakku, sudah sampai darjat sihirmu kepada dapat menyembuhkan orang tuli dan orang berpenyakit kusta, engkau telah mnegerjakan begini dan engkau telah mengerjakan begitu”.
Kanak2 itu menjwb ‘ Tiadalah patik pandai menyembuhkan seorang, bahawasanya yg menyembuhkan hanyalah Allah Ta’ala semata-mata”.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s