Facebook mampu jadi ‘negara’ ketiga terbesar dunia: Pakar

Posted: March 14, 2010 in Admin

KOTA SAMARAHAN: Facebook merupakan rangkaian sosial atas talian yang diibaratkan negara ketiga terbesar di dunia, kata seorang pakar teknologi laman web dunia, Bebo White.“Ia semakin pantas menjadi alat interaksi sosial yang paling berkuasa di dunia,” katanya semalam.

Beliau berkata, jumlah pengguna Facebook di dunia menurut anggaran konservatif adalah kira-kira 350 juta orang.

Ini sudah melebih jumlah penduduk di Amerika Syarikat (AS), kata Bebo. Menurut beliau, AS merupakan negara ketiga terbesar di dunia selepas China dan India, dan ini mampu menjadikan Facebook sebuah negara yang boleh menewaskan AS dengan mudahnya.

Bebo memberitahu, Facebook adalah satu contoh terbaik bagiamana rangkaian sosial dalam talian yang menjadi alat terbaik interaksi sosial untuk masyarakat.

“Apa yang Facebook dan rangkaian sosial atas talian jenis lain sediakan untuk penggunanya melangkaui kemajuan dalam teknologi, ia juga termasuk aspek-aspek psikologi dan sosiologi,” katanya.

Itulah sebabnya kenapa begitu ramai orang sanggup berkongsi maklumat peribadi atau separa peribadi di dalam talian atau menerusi internet, jelasnya di Bengkel Web Masa Depan 2010, semalam.

Bengkel dua hari itu yang berakhir hari ini (12 Mac) dianjurkan oleh Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini.

Matlamat bengkel itu adalah untuk mendedahkan para peserta kepada trend semasa dan pada masa depan web.

Bebo White, salah seorang penceramah jemputan di bengkel tersebut, merupakan seorang sekutu jabatan di Standard Linear Accelerator Center (SLAC) di Universiti Standard, AS.

Beliau mempertikaikan tindakan penyedia rangkaian sosial yang mengenakan had ke atas perkongsian sumber oleh para pengguna ke pelbagai rangkaian.

Beliau menggambarkan situasi itu sebagai ‘The Walled Garden’ (Taman Bertembok) di mana ia mungkin mudah bagi para pengguna untuk mengurus maklumat mereka dalam rangkaian yang sama, tetapi tidak berkongsi maklumat antara rangkaian-rangkaian.

“Namun demikian, ada kecenderungan yang semakin tinggi bagi penyedia rangkaian sosial untuk menggunakan pendekatan ‘OpenID’,” katanya dan menambah kata rangkaian-rangkaian social yang begitu terbuka dan standard akan menguntungkan para pengguna.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s