4 langkah memperolehi apa yang anda inginkan

Posted: March 4, 2010 in Admin

Sebuah buku iaitu “The Conversation With Millionaires” yang di tulis oleh Mike Litman. Buku tersebut adalah koleksi daripada temubual beliau dengan beberapa jutawan yang terkenal seperti Jim Rohn dan Mark Victor Hansen.

Berikut adalah ringkasan 4 langkah tersebut :

1) Langkah Pertama – Pastikan apa yang anda inginkan

Anda perlu mengambil keputusan yang tepat dan pasti tentang APA yang ANDA INGINKAN di dalam kehidupan anda. Pastikan ianya adalah perkara yang anda memang PASTI anda inginkan. Ramai orang yang tidak pasti apa sebenarnya yang mereka inginkan di dalam kehidupan mereka. Dan akhirnya mereka gagal untuk fokus ke arah apa yang mereka inginkan. Bertanya kepada diri anda 5 kali KENAPA sehingga anda itulah yang anda inginkan sebenarnya.

2) Langkah Dua – PASTIKAN anda menulis apa yang anda inginkan

Impian dan cita-cita yang tidak di tulis adalah angan-angan semata-mata. Jika anda menulis impian anda maka ianya akan menjadi satu matlamat yang akan anda FOKUS di dalam kehidupan anda. Jadi ambil masa dan kesempatan untuk menulis apa yang anda inginkan di atas kertas.

3) Langkah Tiga – Gambarkan apa yang anda inginkan di dalam minda anda

Selepas anda pasti apa yang anda inginkan dan menulisnya di atas kertas, kini tiba pula masanya untuk anda gambarkan impian anda di dalam minda anda seolah-olah ianya satu kenyataan. Jadikan impian anda gambaran kenyataan di dalam minda anda. Ini kerana minda separa sedar anda tidak tahu yang mana hanya gambaran dan yang mana kenyataan.

4) Langkah Empat – PASTIKAN anda mempunyai team ataupun Mastermind group

Di dalam buku “Think and Grow Rich” daripada Napoleon Hill beliau menyebut mempunyai Mastermind group adalah kunci kejayaan yang sebenar. Team ataupun kumpulan inilah yang akan membantu anda merealisasikan impian anda. Tanpa kumpulan yang jitu dan padu, impian anda mungkin tidak akan terlaksana.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s