KISAH 2 SAHABAT, SEORANG PAKCIK DAN LIF AJAIB GUNUNG KINABALU

Posted: March 3, 2010 in Renungan

Ali & Abu ialah dua sahabat baik.

Satu hari Ali datang ke rumah Abu membawa sekeping risalah.

Ali : “Abu…aku ada berita baik ni…”

Abu : “Berita apanya?”

Ali : “Aku dapat iklan ni la…pakej ke puncak gunung kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki ‘lif ajaib’ dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja…”

Abu : “Wow!…hebat tu…kan kita dah lama berangan nak daki Gunung Kinabalu…apa syarat2 dia?”

Ali : “Tak ada apa2 syarat la…bayar seorang RM100 aje ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download tiket dan terus pergi ke sana…”

Abu : “Apa lagi…jom la…peluang baik ni…”

Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download tiket dari internet.

Di Kaki Gunung Kinabalu…

Ali : “Yeah…kita dah sampai akhirnya..”

Abu : “Apa lagi…jom kita cari pihak penganjur tu…aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni…”

Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan kaki gunung Kinabalu mencari-cari ‘lif ajaib’ yang di katakan itu.

Ali : “Aduuuhhh!!…apa cerita ni…tak jumpa pun lif ajaib tu..”

Abu : “Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni..”

Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..

Pakcik : “Anak berdua ni…mesti nak cari ‘lif ajaib’ kan?”

Ali : “Ye la Pakcik….Pakcik ke penganjurnya?”

Pakcik : “Pakcik bukan penganjur…tetapi pakcik tinggal di kawasan ni”

Ali : “Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari ‘lif ajaib’ tu?”

Pakcik : “Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu dan kemudian termenung…itu tandanya dia sedang mencari ‘lif ajaib’ yang tidak wujud sebenarnya…”

Ali : “Haaa…tidak wujud…biar betul Pakcik…kami dah bayar seorang RM100 ni…kami tertipu ke?”

Pakcik : “Ya..anak berdua sudah tertipu…’lif ajaib’ hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas…jalan mudah tanpa usul periksa…”

Abu : “Saya dah agak dah…saya memang rasa pelik…tapi manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud…kan sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu ni…..hmmm…rupa2nya kena tipu aje”

Pakcik : “Anak2…mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas tidak ada jalan mudah….kita mesti bermula mendaki dari bawah dan akhirnya sampai ke puncak…itu semua bukan perkara mudah…kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul…”

Ali : “Hmmm…”

Pakcik : “Ilmu paling penting….ilmu mendaki gunung kena betul…baru awak akan berjaya sampai ke puncak…”

Abu : “Saya sedar sekarang…tak ada jalan pintas sebenarnya…kalau nak mendaki gunung…kita kena mendaki dari bawah dan kena ada ilmu mendaki yang betul….”

Ali : ” Hmm…kami bertindak tanpa berfikir…kami terlupa setiap sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul…tiada jalan pintas…”

Pakcik : “Nasihat pakcik…kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang lengkap…pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti”

-Tamat-

Anda mungkin pelik kan…apa benda cerita ini…macam cerita dongeng aje…

MORAL CERITA ‘LIF AJAIB’

Sebenarnya, apa yang ingin saya beritahu anda ialah jika anda ingin melakukan sesuatu seperti mencari duit di internet maka anda perlukan ILMU yang betul bukan hanya menyertai sesuatu program kemudian tunggu duit masuk macam dijanjikan, ianya amat mustahil.

Satu perkara yang anda lupa atau terlepas pandang….

Bila anda nak buat duit MAKNANYA anda HENDAKKAN duit dari ORANG LAIN….

Maksudnya, orang lain yang akan berikan anda duit.

Orang lain yang akan keluarkan duit dari kocek mereka dan beri pada anda.

Bukannya Program Janawang yang beri anda duit.

Duit bukan datang dari Program…duit datang dari orang2 lain.

Jadi…yang paling penting di sini ialah…bagaimana anda hendak membuatkan orang lain memberi anda duit…

Itu yang sebenarnya…

Oleh itu…bagaimana nak dapatkan duit dari orang lain? Minta derma ke?

Jawapannya : ILMU…belajar ilmu dan teknik yang betul…

Orang akan beri anda duit jika anda berikan apa yang mereka mahukan

Ini bermaksud, anda mempunyai produk dan orang yang berminat akan membelinya dari anda dan anda akan dapat DUIT..

Mesti anda mula rasa macam tak best aje kan…tetapi itulah hakikatnya…

Macam anda sendiri…anda hanya akan keluar duit kalau anda berminat dengan sesuatu benda…betul atau tidak?

Mungkin anda akan cakap..“saya tak ada produk nak jual…”

Itu senang aje…anda jadi affiliate (ejen)…promosikan produk orang lain dan anda dapat KOMISEN…

Tak tahu cara nak buat affiliate?…

Mudah saja…anda belajar…benda yang kita tidak tahu…kita kena belajar…

Belajar kenali affiliate

Belajar pilih produk yang sesuai

Belajar cara dan teknik nak promosikan affiliate

Belajar bagaimana nak menghasilkan sekurang2nya RM2,000 sebulan

Pokoknya, kalau anda nak buat duit di internet…ANDA WAJIB BELAJAR ILMU-ILMUNYA

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s