JutawanMinda


Dr.Azizan Osman:

Ya Allah! Kau jadikanlah kami di kalangan orang yang sentiasa bersyukur dengan setiap satu nikmatMu dan rahmatMu! Jadikanlah juga kami orang yang sentiasa diberkati oleh Mu dan sentiasa mendapat pimpinan, petunjuk, sokongan dan bantuanMu di dalam setiap urusan duniawi dan ukhrawi kami Ya Allah, dzat yang Maha Menguruskan setiap sesuatu!


Kalau tidak gunakan masa yang ada SEKARANG untuk belajar bagaimana untuk merubah hidup, then bagaimana hidup anda boleh berubah SEKARANG?


Hidup ni hanya sekejap. DIA yang Maha Kuasa mahu kita jadi yang TERBAIK sebagai makhluk ciptaanNya yang PALING BAIK. Sesungguhnya diciptakan manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian. Buatlah apa yang DIA suruh, tinggalkanlah apa yang DIA larang. Jangan jadi macam syaitan yang dibuang dari dalam syurga kerana tidak mahu… mengikut perintah/ingkar Allah swt


Ubahlah cara kita berfikir, berperasaan dan bertindak hari ini kepada lebih positif dari semalam, fokus “Apa yang kita kehendaki?”dan bukan “Apa yang kita tidak mahu terjadi!”…. Fokus kpd hasil yang kita mahu!


Tuhan Maha Memberi, Dia Maha Kaya, Dia Maha Pengasih. Jadi tidak mungkin Dia tidak makbulkan permintaan kita melainkan kita yang tidak tahu meminta dengan betul dan sebenarnya kita yang fail dalam meminta!


Hidup ni ibarat restoran, anda just order dengan betul apa yang anda ingin makan dan apa yang anda order tulah yang akan sampai! Anda order sedih? Lagi banyak ‘menu’ kesedihan yang sampai. Orderlah bahagia, sihat, kaya, berjaya dan keberkatan, insya-Allah itulah yang diundang!


Hati atau Jiwa akan menjadi kunci pandangan yang dipimpin oleh Tuhan….. Kalau hati itu bersih…. Antara cara membersihkan jiwa adalah dengan perbanyakkan Istighfar dan sentiasa berselawat. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah swt. Baik dia, baiklah segalanya!


“Being positive” adalah caj tenaga +ve dan NUR (cahaya) yang mampu menerangi diri anda, keluarga anda dan orang-orang di sekeliling anda. Being -ve adalah caj tenaga -ve GELAP yang menggelapkan hidup anda, keluarga anda dan orang-orang di sekeliling anda…


Hiduplah dengan melihat bagaimana anda dapat menyumbang dan berkongsi bakat/ilmu/kelebihan/pengalaman/skills anda sedikit sebanyak kepada lebih ramai=Anda boleh menjadi kaya dan berjaya dengan membantu menyelesaikan masalah orang lain!


“Hiduplah penuh dengan senyuman, dengan berfikiran positif, memberi positif, berkongsi positif dan hanya melihat, mendengar, bercakap, pilih di kelilingi oleh orang-orang yang positif dan tersenyum. Mungkin sekali-sekali kita pun akan ter”drag” kepada emo atau negatif, tetapi cepat-cepat Istighfar dan Alpha…. Kembali… kepada positif dan senyum. Kita ada DIA, apa nak risau.”


“Bila dah biasa dilatih susah, yang susah jadi senang….. tapi kalau dah biasa senang, yang senang jadi susah.”


Anda yang tinggal di “Pulau Alasan” selalu cakap “Tak Ada masa, sibuk, Ada hal lain, tak cukup duit, tak mampu, ada kerja, ada hal keluarga” dan mcm2 lagi…. Teruskan…. Itulah HASIL hidup anda = tak ada masa, tak ada duit, tak mampu, kerja sampai mati, banyak hal dan sibuk…” Saya? Alhamdulillah Banyak duit, banyak duit, mampu, ada pilihan utk kerja atau tidak dan sibuk adalah 1 pilihan”


Apa yang kita cakap berulang-ulang kali adalah doa atau doas….Cuba ulang lafazkan kuat2:” Aku kaya & berjaya” sepanjang hari ini at least 100x…. Cuba jer…. (“Budak kecik” dlm diri anda mula2 akan bisik :”Iye ke? Kau kaya ke? Kau berjaya ke?” tapi anda jangan hiraukan dia, teruskan!)…. Aku kaya & berjaya!


“Ibu-ayah kunci keberkatan membawa kpd getaran kebahagiaan, keberkatan, kekayaan & kejayaan di dunia & akhirat. Sekiranya berguru, perhatikan berapa rapat guru anda dgn ibu bapanya. Redha Tuhan terletak pada redha ibu-bapa anda (Lelaki) dan pada suami (isteri)! Orang yang berjaya, mrk menjaga & gembirakan ibu bapa mere…ka lebih daripada diri mereka sendiri! Cth? Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary”


“Sekiranya kita malas serta memberikan banyak alasan untuk bertindak membuat perubahan hidup dengan mendapatkan ilmu, mentor & sistem bagi mencapai kekayaan & kejayaan, maka perubahan pun akan malas dan memberikan pelbagai alasan utk membawa kekayaan & kejayaan dlm hidup kita.”-Semoga hari jumaat anda diberkati!


Leave a comment