Susu baik untuk semua peringkat umur

Posted: September 1, 2010 in Info Kesihatan



KETIKA kecil, ibu selalu mengingatkan kita untuk minum susu. Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, ramai antara kita yang berasa janggal untuk minum susu. Mungkin kerana kita merasakan sudah ‘besar’ atau mungkin juga kerana kita mula mementingkan bentuk tubuh kita dan beranggapan susu akan membuatkan seseorang itu gemuk.

Tanggapan salah itu diakui pakar pemakanan yang mendapati orang ramai selalu meletakkan susu antara senarai yang terakhir untuk dibeli.

Anggapan 1: Susu adalah minuman untuk kanak-kanak

Jika anda mementingkan berat badan, usah risau kerana kini terdapat pelbagai pilihan susu yang sesuai dijual di pasaran; lemak rendah, tanpa lemak ataupun susu rendah laktosa.

Dengan kandungan lemak yang berbeza, pasti ada yang sesuai untuk mereka yang mengambil berat mengenai kesihatan dan berat badan. Tetapi yang penting sekali, susu tetap menjadi sumber protein dan kalsium yang utama, serta baik untuk menangani masalah osteoporosis.

Khasiat susu memang tiada ternilai, protein dan vitamin, kalsium juga adalah sumber penting untuk membina dan memelihara tulang biar berapa usia sekalipun.

Ia juga penting untuk fungsi saraf, pengecutan otot dan mengatasi masalah pembekuan darah. Protein dalam susu pula membantu perkembangan otak dan pertumbuhan tisu, begitu juga dengan kandungan vitamin lain di dalamnya seperti vitamin A, Vitamin D dan sebagainya.

Anggapan 2: Jika alah kepada laktosa, anda tidak boleh minum susu

Hampir 75 peratus daripada orang dewasa di dunia mempunyai masalah penghadaman laktosa disebabkan oleh keturunan. Alahan laktosa adalah disebabkan oleh tiada protein penghadaman yang dinamakan laktase, bahan penting untuk memecah laktosa atau dikenali juga sebagai gula susu.

Laktosa mesti dipecahkan ke dalam usus kecil oleh laktase untuk membentuk galaktosa sebelum ia memasuki aliran darah. Jika tidak mempunyai laktose mencukupi, laktosa tidak dihadamkan dengan sempurna dan gula susu yang tidak hadam akan bergerak ke usus besar di mana ia akan dimakan oleh bakteria yang tinggal di dalam laluan penghadaman.

Di situ, laktosa boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada laluan gastrousus. Pilihlah susu yang diperkuat dengan kalsium tanpa laktosa seperti Susu Mutiara Whitefully yang rendah laktosa atau cubalah minum setengah gelas susu dan buka segelas penuh. Laktosa mudah dihadam apabila dicampur dengan makanan lain, seperti bijirin tinggi serat.

Anggapan 3: Susu buat saya gemuk

Hingga kini, tiada bukti, seseorang itu akan menjadi gemuk dengan pengambilan susu.

Hari ini, susu, dadih dan keju boleh didapati dalam jenis tanpa lemak atau lemak rendah. Contohnya, susu kalsium tinggi dan susu lemak rendah yang boleh didapati daripada rangkaian Susu Mutiara Whitefully adalah pilihan yang tepat kerana kandungan kalorinya yang rendah dan kalsiumnya yang tinggi. Malah ia mempunyai kesan positif terhadap tubuh dan berat badan anda.


Sebenarnya, biar dari manapun sumbernya (susu, keju atau dadih), kalsium tidak menjelakkan. Sebaliknya, pengambilan kalsium yang lebih daripada produk tenusu adalah lebih berkesan untuk merendahkan jumlah pelepasan lemak ke dalam aliran darah.

Penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengambil banyak produk tenusu (1,200 ke 1,300mg kalsium) hilang 70 peratus lebih berat badan dan 64 peratus lebih lemak tubuh berbanding mereka yang mengambil pemakanan rendah kalsium.

Secara purata, orang dewasa memerlukan dua gelas atau kira-kira 500ml susu setiap hari. Pengambilan ini juga bergantung kepada kumpulan umur, kesihatan dan corak pemakanan seseorang. Penting untuk kita mendapatkan makanan yang seimbang setiap kali kita makan, tetapi sebaik-baiknya dapatkan nasihat pakar atau doktor anda sekiranya anda kurang yakin dengan jumlah pengambilan susu yang sesuai untuk anda.

Anggapan 4: Susu berperisa lebih menggemukkan

Ada sesetengah daripada kita sukakan susu berperisa berbanding susu biasa. Ada juga lain-lain kebaikan apabila menambah ramuan buah-buahan ke dalam susu berperisa. Contohnya susu lemak rendah berperisa strawberi, di mana ia mempunyai tambahan khasiat strawberi iaitu antioksida dan tinggi vitamin C, serta kaya dengan sumber asid folik yang penting sewaktu mengandung.

Betapa baik sesuatu makanan kepada tubuh, apabila diambil dalam jumlah yang keterlaluan atau terlalu sedikit, ia menjadi tidak baik. Paling penting, mesti mendapatkannya secara sederhana dan memilih susu yang betul.

Jadi, mulakan gaya hidup sihat dengan minum tiga gelas susu seperti yang disarankan – lemak kurang, lemak rendah, tanpa lemak, tanpa laktosa, berperisa – setiap hari serta amalkan pemakanan yang sihat dan selalulah bersenam untuk mengekalkan kesihatan dan berat badan anda.

Amalkan Susu Mutiara Whitefully terbaik untuk kesihatan seisi keluarga.


About these ads

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s